“Gila Gelaran” – Netizen Menyampah Ibu Bapa Atta Halilintar Tegur Pengacara Tak Sebut Gelaran ‘Haji’ Bila Panggil Nama Anak?

Hiburan

“Gila Gelaran” – Netizen Menyampah Ibu Bapa Atta Halilintar Tegur Pengacara Tak Sebut Gelaran ‘Haji’ Bila Panggil Nama Anak?

Sedia maklum, pasangan selebriti Indonesia iaitu Atta Halilintar dan isteri, Aurel Hermansyah telah selamat menunaikan ibadah haji, baru-baru ini.

Malah, sudah menjadi kebiasaan buat mana-mana umat Islam yang telah selesai menunaikan ibadat tersebut akan mendapat gelaran Haji atau Hajah tetapi bukanlah satu kewajipan atau kesalahan jika tidak menggunakannya.

Advertisement

Gelaran ‘haji’ penting buat ibu bapa Atta

Tetapi siapa sangka gelaran tersebut rupa-rupanya amat penting buat ibu bapa Atta iaitu Anofial Asmid dan Geni Faruk.

Dapat dilihat dalam satu video yang tular di platform TikTok, ibu Atta menegur seorang pengacara yang mengacara majlis pertunangan anak lelakinya bahawa selain Atta, anak yang bertunang itu juga, Thoriq sudah bergelar haji kerana pernah ikut mereka tunaikan haji sebelum ini.

Tegur pengacara majlis, panggil anak dengan gelaran ‘haji’

Bahkan, Anofial mengingatkan pengacara majlis pertunangan Thoriq dan pasangan, Aaliyah Massaid untuk memanggil Atta dengan gelaran haji.

Malah, ibu Atta itu juga tidak mahu kalah dengan memaklumkan kepada pengacara majlis bahawa Thoriq juga mempunyai gelaran haji.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut meninggalkan reaksi negatif, di mana ramai menganggap pasangan itu ‘gila gelaran’.

komen

atta
7 months ago

Buat 'Room Tour' Bilik Pembantu Rumah, Pasangan Personaliti Media Sosial Teruk Dikritik - "Dah Macam Sel Penjara"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...