Bapa Saudara Bergurau, Sumbat Anak Saudara Dalam Mesin Dobi

Trending

Bapa Saudara Bergurau, Sumbat Anak Saudara Dalam Mesin Dobi


Ralat: asalnya, Netizen menyangka kanak-kanak itu dikurung oleh ibu bapanya. Fakta sebenar, anak kecil itu dikurung di situ oleh bapa saudaranya.

Satu video menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki terperangkap dalam mesin basuh di sebuah kedai dobi telah menjadi viral. Kejadian itu dikatakan berlaku di  sebuah kedai dobi di Bandar Bukit Sentosa, Rawang, Selangor.

Advertisement

Hazmal Hassan yang merupakan pemilik kedai dobi tersebut telah berkongsi video di Facebook Bukit Sentosa/Bukit Beruntung menunjukkan cermin pintu mesin basuh di kedainya terpaksa dipecahkan untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut yang terkurung di dalamnya.

Khabarnya, kanak-kanak itu dimasukkan ke dalam mesin itu oleh ibu bapanya yang ingin bergurau, namun pintu mesin gagal dibuka kemudiannya.

Video pekerja-pekerja Restoran Salam berdekatan kedai dobi tersebut yang bantu mengeluarkan kanak-kanak tersebut boleh ditonton di bawah.

Diharap perkara ini memberi pengajaran kepada ibu bapa tersebut. Bukan sahaja membuat kerosakan fasiliti di premis orang, malahan anda juga membahayakan nyawa anak sendiri. Kalau nak bergurau, di rumah saja cukup, ya? – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...