‘Gigolo Online’ Ditahan, Rakam & Jual Video S*ks Bersama 20 Wanita Atas Talian! Ada Lebih 2,600 Pelanggan

Trending

‘Gigolo Online’ Ditahan, Rakam & Jual Video S*ks Bersama 20 Wanita Atas Talian! Ada Lebih 2,600 Pelanggan

Polis menahan seorang ‘gigolo’ warga tempatan berusia 31 tahun kerana menjual klip video lucah di media sosial sejak Julai tahun ini.

Penangkapan itu sekaligus membongkar kes jenayah seksual pertama seumpama ini iaitu merakam dan menjual puluhan video aksi lucah dirinya bersama lebih 20 wanita berlainan.

Advertisement

 

Lebih 2,600 pelanggan tetap

Siasatan mendapati wanita yang dinyatakan itu termasuklah yang mengupah lelaki terbabit untuk khidmat seks dan video dirakam pula dicaj sejumlah wang sebagai yuran untuk ditonton dalam talian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain. berkata, video lucah itu dilanggan oleh lebih 2,600 warga tempatan yang sanggup membayar antara RM20 dan RM100.

Semua pelanggan aplikasi itu adalah daripada golongan lelaki gersang dan wanita kesunyian yang memiliki kerjaya dalam bidang profesional seperti doktor, usahawan dan sektor korporat.

gigolo

Suspek ditangkap di sebuah rumah di Janda Baik, Pahang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, pada jam 2.30 petang semalam.

Polis turut menahan dua teman wanita suspek, masing-masing berumur 23 dan 27 tahun dalam serbuan yang sama dan turut terlibat dalam aksi seks video yang dijual.

 

Permulaan ‘bisnes’ jual video lucah

Mengejutkan, bapa suspek adalah antara individu yang turut menginap di rumah berkenaan dan dipercayai tahu dengan aktiviti anaknya.

Siasatan awal mendapati suspek utama yang pernah dua kali berkahwin dan bercerai memulakan aktiviti menjual dan mempromosikan ubat kuat seks dari China menerusi platform media sosial sejak awal tahun lalu…

Namun untuk mengaut keuntungan lebih tinggi, suspek kemudian mempelajari cara merakam video lucah bersama teman wanitanya sebelum menjual klip video adegan berkenaan dalam tiga saluran media sosial sejak Julai tahun lalu.

gigolo

 

Prosedur pembelian

Menurutnya lagi, setelah pelanggan membuat bayaran untuk menonton klip tersebut, suspek akan terus menghantar pautan kepada mereka untuk menonton video yang dirakam.

Polis kini sedang berusaha untuk mengesan wanita-wanita lain yang turut terlibat dalam puluhan rakaman video yang dikesan.

gigolo

Suspek dan dua teman wanitanya kini direman selama lima hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 372 (1)(e) Kanun Keseksaan atas kesalahan mempromosi aktiviti seks untuk mendapatkan keuntungan dan boleh dihukum penjara selama 19 tahun, sebatan dan denda sekiranya disabitkan kesalahan.

Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan memiliki bahan lucah yang boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 atas kesalahan menyalahgunakan kemudahan rangkaian telekomunikasi.

Azru walter ds account
10 months ago

"Saya Join Group Sebab Nak Kaji" - Podcast Azri Walter Jadi Tumpuan, Dedah Kewujudan Akaun 'Dark Side' Cara Pelajar Cari Duit 'Tepi'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Buletin TV3

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...