Sementelah mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya, Mira Filzah mengakui bahawa dirinya kini lebih rajin memasak demi suami tercinta.
Dia yang mendirikan rumah tangga bersama dengan Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-il Anuar,30, turut berterus terang bahawa dia bukanlah seorang yang pandai memasak namun harus memikul tanggungjawab untuk menjaga makan minum suami.
Mira membuat penyataan itu menerusi sesi Ask Me A Question di Instagram Story miliknya dan dia juga sering dilihat berkongsi perkembangan terkini setelah hampir sebulan mendirikan rumah tangga kepada peminat setianya.
“Selalu masak sebab Emir suka makan. Taklah handal sangat masak tapi masak itu senang, cari di Google dan YouTube saja, Insyallah jadi. Selain itu buat panggilan video dengan emak untuk resipi ringkas. Sukatan biasanya campak ikut sedap hati sebab garam atau gula boleh adjust kemudian,”
Pelakon Bidadari Kiriman Tuhan ini turut mendedahkan bahawa dia jarang memasak kerana hidup sendirian sebelum mendirikan rumah tangga.
View this post on InstagramOur custom made mask by @innersejuk as my door gift for my previous reception. ? #innersejuk
Namun, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan telah membuatkan Mira lebih rajin untuk bertandang ke dapur sekaligus meningkatkan skill dan kemahiran memasak hidangan meskipun tinggal seorang diri.
Mengimbas kembali, Mira telah selamat bergelar isteri kepada Emir dengan hanya sekali lafaz pada tanggal 3 September yang lalu.