February 12th, 2019

Mencetuskan kontroversi kerana keputusannya untuk membuka tudung selepas lima tahun berhijab, sehingga hari ini nama pelakon Emma Maembong masih lagi menjadi bicara hangat di media sosial. Pelbagai kecaman yang dilemparkan kepadanya tanpa henti.

Terbaru, ada pula pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan di atas situasi tersebut dan menyebarkan pula foto Emma berpakaian seksi di dalam sebuah bilik.

Sekali lihat memang boleh tahu ia adalah foto palsu menggunakan teknik ‘superimpose’ semata-mata ingin mencalarkan imej Emma.

Malah, Emma menerusi video di Insta Stories menafikan wanita di dalam foto yang tersebar itu adalah dirinya. Emma tidak faham mengapa sesetengah pihak begitu gigih untuk terus memburukkan namanya.

Bagaimanapun, beliau enggan terus ambil pusing mengenai isu tersebut dan biarkan ia berlalu begitu sahaja.

Sumber Berita : Instagram Sisturz Stalker


28 responses to “Gigih Betul, Tidak Perlu Tambah Dosa Edit Gambar Saya – Emma Maembong”

  1. Anonymous says:

    Ok..skrg aku nak tnya, rambut dia kaler apa??Aku nak kaler rambut mcm tu..hahahaha

  2. Hantuneraka says:

    Malay.. Malay…whats done is done.. Bagi dia beras kalau nak ckp pasal dia lagi…. Hahahha noob malay

  3. Faraj says:

    aduii gigih nya BN pasal Emma kembong ni…satu jr nk ckp..Emma kembong ni bertudung mcm kari kepala ikan..buka tudung mcm ikan Keli..tu jrr..jantan2 takder duit jr yg syok kt Emma ni..

  4. ustazah jadian says:

    keputusan yg betul ko buka tudung emma cantik sgt. Kalau dulu punyala selekeh dgn shawl berbelit2. Ini tidak awkward cringe gila aku tengok drama ko berlakon dulu dlm rumah bilik tido pun nak bershawl bagai.

  5. aih says:

    lawa jugak with free hair.. nicee…

Loading...