February 12th, 2019

Mencetuskan kontroversi kerana keputusannya untuk membuka tudung selepas lima tahun berhijab, sehingga hari ini nama pelakon Emma Maembong masih lagi menjadi bicara hangat di media sosial. Pelbagai kecaman yang dilemparkan kepadanya tanpa henti.

Terbaru, ada pula pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan di atas situasi tersebut dan menyebarkan pula foto Emma berpakaian seksi di dalam sebuah bilik.

Sekali lihat memang boleh tahu ia adalah foto palsu menggunakan teknik ‘superimpose’ semata-mata ingin mencalarkan imej Emma.

Malah, Emma menerusi video di Insta Stories menafikan wanita di dalam foto yang tersebar itu adalah dirinya. Emma tidak faham mengapa sesetengah pihak begitu gigih untuk terus memburukkan namanya.

Bagaimanapun, beliau enggan terus ambil pusing mengenai isu tersebut dan biarkan ia berlalu begitu sahaja.

Sumber Berita : Instagram Sisturz Stalker


28 responses to “Gigih Betul, Tidak Perlu Tambah Dosa Edit Gambar Saya – Emma Maembong”

  1. joe says:

    kan dh ckp, jgn suka memberi pussycat, laki mmg lupa dri dri, bila dia sedar, dia mesti lari…ingat adik2 perempuan, walau segatal mnapun pussycat, gunalah dildo dulu, sebekum kawin

Loading...