Mencetuskan kontroversi kerana keputusannya untuk membuka tudung selepas lima tahun berhijab, sehingga hari ini nama pelakon Emma Maembong masih lagi menjadi bicara hangat di media sosial. Pelbagai kecaman yang dilemparkan kepadanya tanpa henti.
Terbaru, ada pula pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan di atas situasi tersebut dan menyebarkan pula foto Emma berpakaian seksi di dalam sebuah bilik.
Sekali lihat memang boleh tahu ia adalah foto palsu menggunakan teknik ‘superimpose’ semata-mata ingin mencalarkan imej Emma.
Bagaimanapun, beliau enggan terus ambil pusing mengenai isu tersebut dan biarkan ia berlalu begitu sahaja.