Gigi Ngilu Bila Makan? Ini Punca & Cara Cegah, Nak Makan Sedap Pun Tak Ada Masalah

Branded

Gigi Ngilu Bila Makan? Ini Punca & Cara Cegah, Nak Makan Sedap Pun Tak Ada Masalah

Pernah tak bila makan makanan sejuk dan manis korang alami simptom gigi sensitif sementara. Kadang-kadang okay, kadang dia datang. Kalau nak tahu, inilah sebenarnya tanda-tanda awal gigi sensitif.

Mengikut statistik, 4 daripada 10 rakyat Malaysia mengalami gigi sensitif. Ini melebihi kadar global iaitu 3 daripada 10 orang. Jadi, untuk elak semua ni, kenalah elak gigi sensitif dari melarat dengan mengambil langkah pencegahan.

Apa maksud gigi sensitif?

Gigi sensitif berlaku apabila lapisan luar yang melindungi gigi, iaitu enamel atau cementum terhakis sehingga menyebabkan pendedahan lapisan dentin.

Kalau nak tahu, lapisan dentin ini berfungsi melindungi tubul yang mengandungi cabang saraf. Sebab itulah, apabila terdedah kepada rangsangan sejuk, saraf ini akan bertindak balas menjadikan rasa ngilu.

Apabila lapisan dentin yang terdedah ini bersentuh dengan makanan atau minuman yang sejuk contohnya, cabang saraf di dalam gigi akan dirangsang dan ini menyebabkan kesakitan gigi sensitif.

Punca gigi sensitif

Gigi sensitif berlaku disebabkan oleh enamel gigi haus.Ini boleh disebabkan penggunaan berus gigi yang keras dan memberus gigi secara kasar.

Hakisan ini diakibatkan oleh makanan atau minuman panas, sejuk, berasid dan juga manis menyumbang kepada gigi sensitif. Jadi, sebelum minum teh tarik, air boba, bermacam jenis jeruk mahu pun hidangan ayam penyet dengan sambal pedas, pastikan diambil dengan portion yang dijaga.

Selain itu, penyusutan gusi antara sebab lain gigi sensitif. Gigi mereput, tampalan yang menghaus dan gigi yang pecah juga mendedahkan dentin sehingga menyebabkan masalah ini.

Cara pencegahan gigi sensitif

Ubah gaya hidup

Untuk merawat gigi sensitif, bahagian paling penting semestinya adalah pemilihan makanan. Disarankan untuk mengelak makanan yang terlalu tinggi tahap keasidan dan manis seperti air berkarbonat, jus buah dan pencuci mulut.

colgate toothpaste

Memberus gigi 2 kali sehari, 2 minit setiap kali. Mesti ramai tertanya-tanya ubat gigi apa yang patut digunakan untuk mengelakkan masalah gigi sensitif ni kan?

Pilih ubat gigi untuk elak gigi sensitif

colgate product shot

Mencegah lebih baik dari mengubati. Sebelum terlambat, adalah lebih disarankan untuk menjaga kesihatan gigi sebelum bermasalah di kemudian hari.

Gunakan Colgate Total Sensitivity + Gum Health. Ubat gigi ini dirumus khas untuk mengelak gigi sensitif. 

Formula Mineral Mikro menangani punca utama sensitiviti dengan menutup dentin terbuka, yang mudah terjejas oleh suhu ekstrem, pH, atau bahkan kemanisan daripada makanan dan minuman. Ia terbukti secara klinikal untuk melegakan dan mencegah gigi sensitif.

Manakala Dual Zinc Action pula memberi perlindungan 12 jam untuk melawan plak bakteria, yang sering menjadi punca masalah gusi.

Colgate Total Sensitivity + Gum Health memberikan pencegahan unggul terhadap gigi sensitif dan masalah gusi. Barulah nak nikmati bermacam makanan sedap-sedap di pun tak ada masalah!

Kami berpeluang menggunakan sendiri Colgate Total Sensitivity + Gum Health. Pertama kali menggunakan, mulut rasa cukup bersih dan segar. 

Sebelum ini kami mengelak minuman sejuk atau berais, sebab gigi sensitif punya pasal! Cendol durian viral? Boba trending TikTok? Semua kena lupakan.

Tapi bila dah cuba sendiri Colgate Total Sensitivity + Gum Health, memang ada perbezaan. Rasa ngilu bila minum ais kosong pun berkurang. Kalaulah cuba ubat gigi ni dari awal kan senang!

Bila memberus, buih yang terhasil buatkan mulut rasa lagi bersih. Manfaat Dual Zinc Action betul-betul berfungsi, nafas rasa lebih segar lebih lama!

Penting untuk berjumpa doktor 

Jika masalah berkembang kepada peringkat kronik dapatkan nasihat dan rawatan doktor.

Berikan pencegahan unggul untuk gigi sensitif dengan Colgate Total Sensitivity + Gum Health. Ingat, cegah sebelum terlambat! Nak makan sedap di negara syurga makanan, gigi pun kena jaga!

Dapatkan Colgate Total Sensitivity + Gum Health di Watsons dan Guardian berhampiran atau melalui online di Shopee dan Lazada. Jangan lupa follow Colgate di Facebook, Instagram dan TikTok untuk info dan promosi terkini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...