Gigi Mudah Rosak? Ini 5 Cara Betul Gosok Gigi Agar Tak Rosak Menurut Pakar

Trending

Gigi Mudah Rosak? Ini 5 Cara Betul Gosok Gigi Agar Tak Rosak Menurut Pakar

USA, New Jersey, Jersey City, Close-up of woman brushing teethAnda memberus gigi setiap hari, pagi dan malam, tapi mulut anda masih berbau dan gigi anda masih tidak bersih & rosak. Kenapa? Mungkin kerana cara anda memberus gigi anda salah.
Tapi jangan risau, kerana pakar dari British Dental Association, Professor Damien Walmsley memberikan beberapa tips supaya orang ramai memberus gigi dengan betul.

Jadi, jika anda inginkan senyuman yang menawan, ikuti 5 nasihat ini..

Advertisement

1 – Pastikan anda menggosok paling kurang 2 minit.

2-minutes

Berapa saat anda menggosok gigi? Menurut survey pada 2010 oleh British Dental Health Foundation, kebanyakan orang memberus gigi selama 45 saat. Tapi sebenarnya masa minimun untuk memberus gigi adalah 2 minit.

2 – Pastikan anda menggosok dengan ubat gigi yang mempunyai fluorida

Fluoride+benefits

Florida sangat penting untuk kesihatan gigi dan boleh membantu menghalang gigi dari jadi buruk. Jadi pastikan ubat gigi anda mengandungi fluorida sebelum membelinya.

3 – Sejurus selesai menggosok gigi, jangan berkumur dahulu.

Jika anda berkumur selepas anda selesai menggosok gigi, cara anda itu silap. Flourida mengambil masa untuk bertindak di dalam mulut. Jadi, bagi sedikit masa kepada ubat gigi itu di dalam mulut anda sebelum berkumur.

Atau jika boleh, jangan berkumur langsung.

Anda sepatutnya hanya meludah selepas menggosok gigi, bukannya berkumur supaya boleh mengekalkan ketahanan fluorida.

“Fluorida boleh membantu menghalang, mengawal dan menghentikan kerosakan gigi”, kata Damien.

4 – Selepas makan, jangan terus gosok gigi

tooth-anatomy
“Enamel di gigi kita melembut selepas kita makan, terutamanya jika makanan kita mengandungi gula“, kata Damian.

Jadi jika kita menggosok sejurus selepas makan, kita mungkin boleh merosakkan enamel pada gigi kita.

Masa yang terbaik untuk menggosok gigi adalah sejam selepas makan“, kata Damien lagi.

5 – Jangan gosok dengan terlalu kasar.

Sangat penting untuk kita menggosok gigi dengan sempurna. Namun jika memberus dengan kasar akan menyebabkan perkara yang tidak elok, kata Damien.

Ia boleh menyebabkan kerosakan pada tisu lembut di gusi“, katanya lagi.

Sumber : metro.co.uk

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...