Ada diantara kita yang memang takut untuk menjejakkan kaki ke klinik gigi kerana fobia untuk menerima rawatan gigi. Apabila kesakitan yang melampau, barulah anda akan mendapatkan rawatan di klinik gigi.
Tetapi tahukah anda semua, bahawa rawatan gigi perlu dilakukan setahun dua kali. Antara rawatan gigi yang anda boleh lakukan ialah scalling gigi.
Menurut seorang pengguna Twitter, jika anda melakukan scalling gigi setahun dua kali, sebenarnya dapat menjimatkan duit anda.
Scaling gigi pertama selepas 25 tahun. Korang tahu tak kenapa kita kena buat scaling gigi ni?
Aku cerita lah sikit apa yang dentist aku consult aku serba sikit haritu. Heh! pic.twitter.com/Jeb0XLNx5G
— Amirul Aslam (?) (@aslamisme) October 30, 2019
Pasti anda pelik, kerana kos rawatan gigi agak mahal?
Ini kerana anda tidak perlu mengeluarkan duit bagi mendapatkan rawatan lain untuk gigi jika kerap buat scalling.
Banyak sakit gigi yang dapat dielakkan dengan rawatan scaling ni. Gigi berlubang, jangkitan gusi dan root canal treatment.
Untuk hari-hari tua yang lebih bahagia, kesan karang gigi dalam jangka panjang akan menyebabkan gigi goyang. Sebab tu ramai orang yang dah berusia, giginya takde. Hilang nikmat untuk makan dengan baik dan selesa.
Apa yang kita selalu dengar, jika scalling gigi akan buat gigi reput, betul ke?
Ini juga turut dikongsikan oleh doktor gigi dalam Twitter tersebut, Menurut doktor ini, gigi kita tidak akan reput sama sekali.
Gigi tidak akan reput dengan scalling.
Scalling cuma buang karang gigi je.
Kedua, kita juga selalu tak buat scalling kerana takut gigi terhakis dan tidak kuat
Menurut doktor gigi itu lagi, scaling menggunakan machine ultrasonic vibration yang kuat untuk memecahkan karang gigi sahaja. Tambahnya lagi, gigi manusia lebih kuat daripada tulang.
Korang rajin-rajinlah jumpa doktor gigi setahun dua kali untuk mendapatkan rawatan gigi. Kita kena jaga gigi, kerana sikap tidak mengambil berat menjaga kebersihan gigi dan mulut membawa padah. Kekotoran pada bahagian berkenaan menjejaskan kesihatan jantung.
Kalau dah sakit jantung lagi susahkan?
Sumber: Twitter