July 30th, 2020

Mendedahkan dirinya pernah memakai pendakap gigi (braces) sebanyak dua kali ketika zaman persekolahan, aktres tersohor tanah air, Mira Filzah mendedahkan disebabkan tidak konsisten dan berdisiplin, giginya mula bergerak semula.

mira filzah habis 12.5k pakai braces

Menurutnya, rentetan sikap yang tidak berdisiplin yang diterapkan dalam dirinya ketika remaja, beliau dikhabarkan terpaksa berbelanja lebih untuk menjalani rawatan tersebut.

Perkara itu dikongsi Mira kepada umum menerusi muat naik di Instagram Stories ketika menjawab Ask me a question di laman berkenaan.

“OMG OMG hahaha ya. Dua kali! Pertama kali pakai braces masa emm tingkatan empat atau lima macam tu. Tapi malas pakai retainer. Kemudian gigi gerak balik.”

mira filzah habis 12.5k pakai braces

Kredit – Gempak

Ujar Mira, beliau sudah menghabiskan duit berjumlah RM12,500 untuk aligners bahagian gigi bawah.

“Selepas tiga atau empat tahun, pakai aligners dekat gigi bawah sahaja, yang berjumlah RM12,500 tapi malas pakai, apa pun tak jadi. Susah ya pakai ni, awak kena buka setiap kali nak makan. Nak sip kopi pun kena buka.”

mira filzah habis 12.5k pakai braces

Bagaimanapun, pemenag  Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 itu juga sempat menegaskan kepada umum bahawa pemakaian pendakap gigi memerlukan komitmen yang tinggi, lantas dirinya kini bagai mengalah untuk memakai semula biarpun disaran oleh doktor ketika hadir ke klinik pergigian tempoh hari.

Sumber: Gempak


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...