Nama Gigi Hadid memang tidak asing lagi dalam pentas peragaan dan semestinya supermodel terkenal itu akan menjadi salah seorang yang mewarnai Fashion Week setiap tahun.
Seperti baru-baru ini, Gigi tidak terkecuali melibatkan diri di pentas peragaan di kesemua empat buah ‘fashion capital’ untuk Fashion Week 2022 bagi musim luruh dan musim sejuk.
Bukan sekadar mencuri perhatian di ‘runway’ tetapi model Amerika Syarikat yang juga kacukan Palestin itu menjadi bualan ramai kerana dia dilaporkan menderma semua gajinya sepanjang acara tersebut.
Menerusi Instagram, Gigi sendiri telah mengumumkan dia kesemua hasil gajinya itu bakal didermakan kepada mangsa-mangsa perang pergolakan Ukraine-Rusia dan juga di Palestin.
Mata dan hati kita mestilah terbuka kepada semua ketidak-adilan manusia.”
Sekadar info, beberapa selebriti terkenal Hollywood juga turut dikhabarkan memberikan sumbangan wang ringgit bagi membantu mereka yang terkesan disebabkan isu ini. Antaranya adalah pasangan Ashton Kutcher dan Mila Kunis serta Ryan Reynolds dan isteri, Blake Lively.