Gig Rock Di Malaysia Masih Segar

Hiburan

Gig Rock Di Malaysia Masih Segar

Baru-baru ni Abg Nara hadir ke satu gig atau jamming session artis-artis Universal Music (www.facebook.com/universalmalaysiadomestic) di Shah Alam. Semua artis atau band baru. Ada The Malayan (band baru Andy Flop Poppy with anaknya yang cute), SOG (sekumpulan orang gila), Radio Island, AhmadAhmad dan Yazer ex AF dan Kugiran Di Tepi Pantai.

gig malaysia

Advertisement

Kali terakhir Abg Nara pergi gig di Malaysia ialah zaman OAG dan ACAB meletup dulu. Ada juga Abg Nara tengok band-band rock korea waktu kuliah dulu. Lately ni bila dah berumahtangga, Abg Nara banyak layan lagu balada and lagu cintan-cintun je.

gig malaysia

Overall, persembahan semua mantap. Crowd pun sporting, banyak yang menyanyi sama-sama walaupun lagu-lagunya Abg Nara belum selalu dengar di radio. Ada 3 lagu yang Abg Nara suka dan boleh hit nanti, Satu Kepala daripada AhmadAhmad, Aku Bukan Lagenda daripada The Malayan dan Spektakular daripada Yazer. Kugiran pun best jugak. Dia cover lagu-lagu hit macam Isabella dan Ghazal Untuk Rabiah. Tabik spring juga pada band baru Radio Island dan SOG yang dah ada fans atau crowd sendiri. Peminat dioarang ini siap shuffle n head banging lagi kat floor.

gig malaysia

Kalau nak tahu info lebih lanjut tentang band-band ini boleh la serang FB mereka:

gig malaysia

Banyak juga artis, komposer dan blogger yang turut hadir support local band ini.. Antaranya Tam Spider, Ekin AF, Aidit Alfian dan ramai lagi. Harap-harap di masa akan datang, gig macam ini akan terus dilakukan sebab masih ramai yang berminat dengan gig sebegini termasuklah Abang Nara.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...