Giat Berlatih Bina Badan, Hairul Azreen Luah Keinginan Berlakon Di Hollywood

Hiburan

Giat Berlatih Bina Badan, Hairul Azreen Luah Keinginan Berlakon Di Hollywood

Tidak dinafikan, pelakon Hairul Azreen jarang sekali kelihatan di naskah-naskah drama dan telefilem.Dan, kalau ada pun sekadar untuk membuat kemunculan istimewa sahaja.

Dia yang lebih ‘laris’ berada di layar perak nampaknya bakal tampil membuat kemunculan semula apabila bersetuju untuk muncul dalam telefilem bertajuk Kain Kapan Berbisik terbitan A Aida Production, tidak lama lagi.

Advertisement

Menurutnya lagi, keputusan untuk berlakon dalam telefilem arahan Nazir Jamaluddin itu bukanlah semata-mata untuk mengisi masa terluang.

“Diakui memang sudah lama tak berlakon telefilem. Apabila dapat tawaran ini kena pula dengan masa dan jadual saya. Tambahan pula pelakon, pengarah dan produksi semuanya menarik. Ini bukan mengisi masa lapang,tapi punca rezeki saya sebagai pelakon. Dalam pada masa yang sama nak juga berkongsi pengalaman bersama pelakon lain seperti Ummi Nazeera yang kali pertama bergandingan bersama,”

Menjelaskan bahawa penglibatannya dalam naskah ini merupakan projek pertama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, Hairul memberitahu bahawa dia bakal muncul dalam sebuah filem aksi pada hujung tahun ini.

View this post on Instagram

Ready for next action film, Shooting end of this year #HairulTrainingForFilm

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Dia yang pada ketika ini sedang giat berlatih untuk membina badan demi komitmen dalam filem aksi tersebut turut mengambil inisiatif untuk melakukan rujukan dalam drama-drama Hollywood.

Mengakui dirinya mendapat permintaan tinggi untuk berlakon selepas tampil beraksi dalam filem aksi Paskal, Hairul berkata dia berpuas hati dengan pencapaiannya kini.

View this post on Instagram

Good Morning, @thealisaaisyah

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

“Alhamdullilah, orang pandang saya sebagai hero aksi selepas filem Paskal. Saya bermula dengan bidang lagak ngeri kemudian sertai program Fear Factor untuk tunjuk bahawa saya boleh buat aksi tapi tak menjadi. Namun lepas filem Paskal, saya puas hati dengan pencapaian kerana masih diperkatakan sehingga kini selain mendapat kutipan tertinggi filem patriotik, jadi ianya satu kepuasan buat saya,”

Dalam pada itu, Hairul turut meluahkan perasaan teringin untuk berlakon dalam filem Hollywood jika diberikan peluang. Menurutnya lagi, terdapat juga beberapa pelakon, pelakon lagak ngeri dan ‘stand in’ Hollywood sudah mengikuti beliau di laman sosial seperti Instagram.

Sumber : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...