“Gi Buat Tteobokki” – Wajah Disamakan Dengan Michael Jackson, Hael Husaini Nafi Buat Muka Di Korea

Hiburan

“Gi Buat Tteobokki” – Wajah Disamakan Dengan Michael Jackson, Hael Husaini Nafi Buat Muka Di Korea

Penyanyi popular Hael Husaini sering kali diperkatakan membuat pembedahan plastik dek kerana netizen merasakan mukanya jauh berbeza dari yang sebelum ini.

Bukan saja didakwa membuat pembedahan plastik, malah perwatakkannya juga dipertikai ramai baru-baru ini kerana kelihatan ‘lembut’ dan tidak seperti lelaki tulen.

Advertisement

Barangkali sedar dikutuk oleh netizen, Hael ada membuat satu ciapan di Twitter seakan-akan bergurau menyuruh orang ramai meminta maaf kepadanya dan jika tidak melakukan hal terbabit, dia enggan memberi duit raya.

Susulan sudah membuat ciapan seperti itu, netizen tidak melepaskan peluang untuk bertanya jika benar penyanyi terbabit membuat pembedahan di wajahnya, tetapi Hael dengan tenang menidakkan dakwaan tersebut.

Meninjau di ruangan komen, ramai juga yang terhibur dengan cara Hael menjawab persoalan ramai mengenai dirinya.

Sekadar info, Hael pernah memberi jawapan kepada pihak media sebelum ini bahawa segala pemakaian dan gayanya ketika ini ditentukan oleh penata gaya.

2 years ago

Netizen Makin Bimbang Dengan Perubahan Hael Husaini, Bibir Pun Dah Lain - "Dulu Macho Kenapa Sekarang Lembut Semacam"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...