‘Ghaib’ Tak Balas Mesej, Zehra Zambri Maklum Suami Tak Dapat Dihubungi Lepas Minta Nafkah Anak

Hiburan

‘Ghaib’ Tak Balas Mesej, Zehra Zambri Maklum Suami Tak Dapat Dihubungi Lepas Minta Nafkah Anak

Penyanyi Zehra Zambri, 38, mendakwa suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin, menghilangkan diri tanpa sebarang jawapan sejak 10 Julai lalu, selepas melawat anak mereka yang dimasukkan ke hospital.

Menurut Zehra, mereka berkomunikasi buat kali terakhir ketika di hospital, namun selepas itu suaminya langsung tidak memberi respon. Walaupun anak berada di bawah tanggungannya, Zehra berharap suaminya tetap bertanggungjawab sebagai seorang ayah.

Advertisement

Kami berkomunikasi kali terakhir ketika dia melawat anak yang sakit di hospital pada 10 Julai lalu. Semenjak daripada hari itu, dia langsung tak respon saya.

Sebelum ini ada juga balas, tapi kali ini terus ghaib dan mendiamkan diri.Kami banyak berurusan tentang anak. Memang la anak bawah tanggungan saya tapi saya nak juga dia bertanggungjawab.

Walaupun Allah beli rezeki pada saya untuk sara anak, tapi saya nak dia rasa sedikit tanggungjawab itu.

Zehra turut mendedahkan bahawa sepanjang perkahwinan, beliau banyak beralah soal nafkah, termasuk tidak menuntut nafkah diri. Namun, kini beliau tampil menuntut hak di mahkamah dan menyerahkan keputusan sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

Zehra dan Iqwan berkahwin pada 11 November 2021 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Zahiyah Iqleela, berusia dua tahun setengah.

Sebelum ini, Zehra pernah berkahwin pada 2017 namun bercerai enam bulan kemudian, manakala Iqwan juga pernah berkahwin dan mempunyai dua anak.

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

mama anna jobling bidas statement peguam
2025-08-13 10:51:12

"Oh Lupa, Anak Saya Pelakon" - Ibu Bidas Kenyataan Peguam Anna Jobling, Tunjuk Bukti Kena Kunci Dalam Kereta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...