Gerard Pique Dihalau Keluar Rumah Oleh Shakira, ‘Kantoi’ Curang Dengan Ibu Pemain Muda Barcelona?

Dunia

Gerard Pique Dihalau Keluar Rumah Oleh Shakira, ‘Kantoi’ Curang Dengan Ibu Pemain Muda Barcelona?

Siapa saja yang tidak kenali dengan pasangan luar negara yang sangat popular iaitu penyanyi Shakira dan bintang Barcelona, Gerard Pique yang dikatakan merupakan cinta pandang pertama berputik ketika lagu penggambaran ikonik Waka Waka. 

Difahamkan, biarpun sudah dikurniakan dua cahaya mata, mereka masih belum mendirikan rumah tangga.

Advertisement

Bagaimanapun, baru-baru ini mereka dilaporkan sedang di ambang perpisahan kerana dikatakan Pique ‘kantoi’ bersama dengan wanita lain di atas katil.

Sebelum ini, pasangan berkenaan sudah tidak lagi tinggal di satu rumah yang sama kerana Pique dihalau oleh Shakira dari rumah yang diduduki dan sejak itu, Pique didakwa telah datang ke kelab malam bersama rakan-rakan, lalu pulang ke apartment jam 2 atau 3 pagi.

Lagi membuatkan keretakkan hubungan mereka jadi teruk, timbulnya spekulasi Pique bersama dengan wanita yang juga merupakan ibu kepada rakan sepasukannya.

Namun, anak kepada wanita itu iaitu bintang muda Barcelona, Pablo Gavi langsung tidak tahu apa yang telah berlaku dan rumor yang tular itu juga dinafikan oleh pihak media Sepanyol kerana wanita yang ditiduri oleh Pique itu kelihatan lagi muda dari ibu pemain bola muda itu.

amber
6 bulan lalu

"Sama Sekali Tidak!" - Kalah Kes Mahkamah, Amber Heard Berkeras Enggan Bayar Saman Kepada Johnny Depp

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...