“Geramnya Orang Macam Ni” – Netizen Bengang Tengok ‘Maid’ Kasar Waktu Suap Warga Emas Makan

Hiburan

“Geramnya Orang Macam Ni” – Netizen Bengang Tengok ‘Maid’ Kasar Waktu Suap Warga Emas Makan

Menerusi media sosial di Singapura, sebuah rakaman telah tular dan menaikkan kemarahan ramai netizen di negara itu.

Video itu menunjukkan seorang wanita berlaku kasar dengan seorang warga emas ketika menyuapnya makan.

Advertisement

Tular di aplikasi TikTok, video terbabit mendapat lebih 1 juta tontonan dalam tempoh kurang sehari.

“Geramnya dengan orang macam ni. Kalau kamu bukan seseorang yang baik hati, tolonglah jangan buat kerja macam ni. Serius, kejadian macam ini selalu berlaku. Tak boleh sesiapa buat sesuatu secepat mungkin?”

Menurut Coconuts, tidak dapat dikenal pasti bila dan di mana insiden itu berlaku namun ada yang telah memaklumkan kejadian berkenaan kepada pihak berkuasa.

Ramai pengguna media sosial akui sedih menonton video berkenaan selain ada yang marah dengan individu yang merakam kerana tidak melakukan apa-apa.

Bagaimanapun, menerusi ruangan komen seorang individu dikenali sebagai Greyhez berkata warga emas tersebut adalah neneknya.

Katanya, keluarga mereka kini sedang mencari pembantu rumah yang baru bagi menggantikan wanita tersebut.

Selain itu kami kongsikan artikel trending lain pada pautan di bawah.

pakcik rindu anak
3 years ago

(VIDEO) “Dia Dah Block Pakcik” - Warga Emas Menangis Tanggung Rindu Kerana Dibuang Zuriat Sendiri?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Coconuts

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...