“Geram Tapi Tiada Guna Berdendam” – Siti Rohani Ismail

Trending

“Geram Tapi Tiada Guna Berdendam” – Siti Rohani Ismail

“Saya minta maaf kepada semua dan maafkan ejen berkenaan,” kata Siti Rohani Ismail, 22, yang kisahnya tular kerana ditinggalkan ejen pekerjaan di sebuah klinik di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, minggu lalu selepas disahkan positif Covid-19 sejurus menjalani ujian calitan.

Menurut Sumber Harian Metro, Siti Rohani berkata, dia tidak tahu dijangkiti Covid-19 selain enggan menyimpan dendam kepada ejen yang tergamak meninggalkannya seorang diri ketika itu.

Advertisement

4 years ago

Dokumentari Papar Situasi Sebenar Pesakit Covid-19 Dipuji, Netizen Sebak Dengar Kata-Kata Jururawat Ini

“Kalau ikutkan geram, siapapun yang ada di tempat saya akan marah kepada ejen berkenaan namun saya rasa memaafkan seseorang itu lebih mulia daripada terus menyimpan dendam kerana ia tidak membawa sebarang kebaikan,” tambah Siti Rohani lagi.

Katanya semalam, dia juga ingin meminta maaf kepada penumpang bas kilang serta individu yang sudi membantu menghubungi ambulans dan memberi air walaupun tahu dirinya positif Covid-19.

Menceritakan kembali kejadian itu, Siti Rohani berkata, dia yang lengkap menerima dua dos vaksin teruja apabila diterima bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Prai sebelum dijemput seorang wanita yang juga ejen pekerjaan.

Menurut Siti Rohani, ejen berkenaan menjemputnya dan sepupu di rumah dengan kereta jam 7.30 pagi Rabu minggu lalu untuk dibawa ke kilang dan selepas mengisi borang mereka dibawa pula ke klinik untuk ujian calitan.


Katanya yang masih menjalani kuarantin di rumah di Taman Kelisa Ria, ketika itu mereka dibawa menaiki bas kilang dan ejen terbabit juga turut ada bersama namun keputusan ujian calitan mendapati hanya dia seorang positif Covid-19.

Kerana bimbang dengan keselamatan pekerja lain, ejen terbabit meninggalkannya dan meminta dia menaiki bas untuk pulang atau ke hospital. Dia tergamam seketika kerana hanya mempunyai wang RM4 ketika itu selain tidak mengetahui selok belok jalan di kawasan terbabit.

“Bagaimanapun, saya terus berjalan tanpa arah bermula jam 11 pagi dan tiba di sebuah kedai makan kira-kira jam 2 petang untuk membeli air kerana terlalu dahaga,” katanya yang juga hampir pitam ketika itu kerana mempunyai tekanan darah rendah.

Menurutnya, dia terpaksa berhenti beberapa kali kerana terlalu penat dan sebaik tiba di kedai makan terbabit dia memesan air dan turut mengaku yang dirinya posiitif Covid-19.

Siti Rohani berkata, dia perlu jujur kerana bimbang orang lain juga turut dijangkiti dan syukur anak pemilik kedai terbabit terus menghubungi hospital yang kemudian menghantar ambulans membawa dia pulang.

Siti Rohani

Gambar Siti Rohani ketika kejadian – Sumber Harian Metro

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu dan sehingga kini tidak putus menghulurkan sumbangan kepada mereka sekeluarga.

Tambahnya lagi, dia memang dilahirkan dalam keluarga susah dan sebagai anak sulung daripada empat beradik, dia terpaksa menggalas tanggungjawab untuk mencari pendapatan kerana bapanya hanya bekerja sebagai pengutip botol.

Bapanya tidak mampu melakukan kerja berat kerana kaki kanan dimasukkan besi akibat kemalangan ketika menunggang motosikal kira-kira tujuh tahun lalu.

Keadaan bapa membuatkan dia berhenti sekolah dan bekerja di sebuah kedai makan sejak berusia 15 tahun kerana mahu mencari pendapatan untuk menampung hidup mereka sekeluarga.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...