Geram Tandas Kedai Mamak Kotor, Lelaki Dakwa Diri Pegawai DBKL & Ugut Nak Keluarkan Saman Tutup Kedai – “Terus Diorang Bincang Siapa Nak Cuci..”

Kehidupan

Geram Tandas Kedai Mamak Kotor, Lelaki Dakwa Diri Pegawai DBKL & Ugut Nak Keluarkan Saman Tutup Kedai – “Terus Diorang Bincang Siapa Nak Cuci..”

Seperti yang diketahui umum, tandas merupakan salah satu kemudahan asas yang amat penting dan tidak boleh dipandang ringan di mana-mana premis, terutamanya di restoran dan kedai makan yang melibatkan penyediaan makanan kepada pelanggan.

Ia bukan sahaja mencerminkan tahap kebersihan keseluruhan sesebuah premis, malah turut memberi keselesaan dan keyakinan kepada pelanggan yang datang.

Advertisement
toilet awam

gambar hiasan

Disebabkan itu, tidak menghairankan apabila ada pemilik premis yang mengambil serius soal kebersihan tandas mereka. Mereka sanggup melabur dari segi masa, tenaga dan kos untuk memastikan tandas sentiasa dalam keadaan bersih, wangi, dan selesa digunakan kerana bagi mereka, tandas yang bersih adalah sebahagian daripada imej perniagaan yang baik.

Tandas kedai kotor

Namun, baru-baru ini seorang individu telah berkongsi pengalaman yang dialaminya apabila dia berhadapan dengan tandas yang kotor di sebuah restoran mamak.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, bahagian tempat duduknya mempunyai kesan kotoran lama berwarna hitam dan keperangan seolah-olah tidak pernah dicuci.

tandas kedai mamak kotor

Tadi saya berhenti makan kat satu kedai mamak ni. Lepas habis makan, biasalah nak guna tandas.

 

Sekali, tengok tandas dia. Nak muntah saya tengok. Saya terus panggil pekerja diorang dan saya tanya tak basuh toilet ke tapi diorang cakap hari-hari basuh.

Geram dengan reaksi dan jawapan yang diberikan oleh pekerja tersebut, dia kemudiannya memperkenalkan diri sebagai pegawai dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Malah, dia turut memberikan kata-kata yang berbaur ‘ugutan’ yang menyatakan satu surat saman akan dikeluarkan yang akan menyebabkan kedai ditutup selama sebulan.

Awak tahu saya siapa? Saya orang DBKL. Saya bagi awak satu surat. Kedai ni tutup satu bulan. Awak nak?

Jelasnya, pekerja di kedai mamak itu dengan serta merta melakukan kerja pembersihan selepas menerima ‘ugutan’ tersebut.

tandas kedai mamak kotor

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa jijik dengan kondisi tandas tersebut.

tandas kedai mamak kotor tandas kedai mamak kotor

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

alice chang masuk tandas lelaki IPC Shopping Centre
5 days ago

"Saya Suka Tandas Lelaki, Saya Dah Biasa Masuk..." - Alice Chang Rakam Dirinya Masuk Ke Tandas Lelaki IPC Shopping Centre

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...