Gagap punya Lady Gaga. Sungguh kurang ajar dan tak makan saman punya Lady Gaga ini. Tahulah diri anda itu memang kontroversi dengan lagu-lagu yang penuh dengan lirik mengarut. Kini Lady Gaga maju selangkah lagi dengan meminta rakyat Malaysia memprotes penapisan lirik lagu Born This Way. Untuk pengetahuan, lirik lagu ini memartabatkan kehidupan homoseksual.
Anda (peminat) harus melakukan apa yang dirasakan wajar untuk menegakkan hak kebebasan sebagai anggota masyarakat. Anda perlu bersuara dan tidak boleh mengalah begitu sahaja. Anda harus melakukan protes secara aman dan baik
Adakah Lady Gaga ingat rakyat Malaysia ini jenis “saya gay saya ok?”. Abang Nara rasa Lady Gaga tak tahu pun kedudukan geografi dan agama rasmi Malaysia. Main bantai je suruh rakyat Malaysia buat protes. Harap-harap tak adalah rakyat Malaysia yang fanatik Lady Gaga termakan dengan kata-kata si gagap ini.
Antara lirik lagu Lady Gaga yang kontroversi di dalam lagu ini ialah:-
No matter gay, straight or bi lesbian, transgendered life
I’m on the right track, baby
I was born to survive
No matter black, white or beige
chola or orient made
I’m on the right track, baby
I was born to be brave
Abang Nara berbangga dengan stesyen radio yang menapis lirik lagu Lady Gaga ini kerana ianya menjaga sensitivi masyarakat Malaysia. Good job dan sila jangan termakan dengan pujuk rayu si gagap ini. Kita ada cara kita dan tak perlu ikut cara orang Barat. Tak gitu?