Geram Jadi Mangsa Ragut, Pelajar Wanita Ini Nekad Langgar Peragut Sampai Patah Kaki

Trending

Geram Jadi Mangsa Ragut, Pelajar Wanita Ini Nekad Langgar Peragut Sampai Patah Kaki

Seorang pelajar wanita di Universiti Putra Malaysia bertindak berani dengan mengejar dan melanggar motosikal peragut yang meragut beg tangannya dalam kejadian pada Rabu lalu.

Advertisement


Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Megat Mohd Aminuddin Megat Alias, pelajar yang berusia 21 tahun itu sedang menaiki motosikal bersama rakannya ketika dia diragut.

Dia kemudian mengejar motosikal yang dinaiki dua peragut sejah kira-kira dua kilometer bermula di hadapan pintu masuk utama UPM.

“Oleh kerana terlalu geram dengan tindakan penjenayah itu, penuntut universiti itu bertindak melanggar motosikal yang dinaiki dua lelaki berkenaan dari arah belakang sebelum kesemua mereka terjatuh di kawasan berhampiran Flat Ikan, Sri Serdang.

“Dua pelajar itu kemudiannya menjerit meminta pertolongan dan dua lelaki berkenaan berjaya diberkas anggota polis yang kebetulan melakukan rondaan di kawasan tersebut,” katanya sebagaimana lapor Bernama.

Difahamkan, kedua-dua peragut menngalami kecederaan dan salah seorang darinya patah kaki.

Pelajar wanita dan rakannya juga dilaporkan cedera dan kesemua mereka dihantar ke Hospital Serdang dan dimasukkan ke wad.

Megat berkata dua peragut berusia 25 dan 27 tahun itu didapati mempunyai kes jenayah lampau berkaitan dadah. Beliau berkata motosikal yang digunakan suspek telah dicuri di sekitar Serdang sebelum ini. Kedua-dua suspek sedang direman.

Sumber : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...