Geram Anak Asyik Cakap Bahasa Indonesia, Wanita Ini Suruh Nyanyi Lagu Negaraku Setiap Kali ‘Tersasul’ – “Biar Reti Sayang Negara Sendiri..”

Kehidupan

Geram Anak Asyik Cakap Bahasa Indonesia, Wanita Ini Suruh Nyanyi Lagu Negaraku Setiap Kali ‘Tersasul’ – “Biar Reti Sayang Negara Sendiri..”

Baru-baru ini, seorang ibu telah meluahkan rasa kecewa dan marah selepas anaknya yang kini berusia enam tahun gemar menggunakan bahasa Indonesia ketika bertutur.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, dia turut memberitahu kawasan penempatan mereka di Gombak, Selangor itu turut dibanjiri warga negara jiran.

Advertisement
mak marah anak cakap bahasa indonesia

gambar hiasan

Saya punya geram tahap apa dekat anak saya yang tadika ni. Suka sangat cakap bahasa Indonesia.

 

Dahlah saya terasa macam orang asing di tanah sendiri dekat Gombak ni.

Jelasnya, bagi mengelakkan anaknya berterusan bertutur menggunakan bahasa asing, dia terpaksa mengenakan hukuman yang keras terhadap anaknya itu.

Bermula semalam, saya dengar je anak saya cakap perkataan Indonesia, saya suruh dia berdiri tegak menyanyi lagu Negaraku. Dia kena nyanyi sampai habis, biar reti sayang negara sendiri, tanah air sendiri.

 

Kalau tak jalan juga, saya tambah lagi Rukun Negara, jangan sampai saya suruh menelaah buku perintah-perintah Am. Nasiblah dapat mak bekas guru disiplin.

 

View on Threads

 

Wanita itu turut berkongsi keberkesanan hukuman yang dilakukan terhadap anaknya itu.

Memang nampak la kesannya. Bila dia terpesan dia cakap bahasa Indonesia, terus dia tegak diam. Saya pandang dia dan capai hanger, suruh nyanyi lagu Negaraku dan dia terus nyanyi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur dengan hukuman yang diberikan oleh wanita itu dan mereka bersetuju dengan hukuman berkenaan yang sekali gus dapat membentuk semangat patriotik dalam diri anak-anak.

mak geram anak cakap bahasa indonesia mak geram anak cakap bahasa indonesia mak geram anak cakap bahasa indonesia

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

BACA: “Zaman Sinetron Dulu Tak Seteruk Kini” – Ayat Hospital Jadi ‘Rumah Sakit’, Guru Ini Minta Ibu Bapa Pantau Kandungan Video Ditonton Anak-Anak

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...