Gerakan Boikot Makanan Halal Di Australia, Kini ‘Page’ Tersebut Menjadi Rujukan Penduduk Muslim Di Sana

Travel

Gerakan Boikot Makanan Halal Di Australia, Kini ‘Page’ Tersebut Menjadi Rujukan Penduduk Muslim Di Sana

Kebiasaannya kalau bercuti ke luar negara ramai yang akan berdepan dengan masalah yang sama iaitu nak cari makanan halal. Kalau di negara sendiri memang tak ada masalah lah isu halal ni sebab memang majoriti penduduk beragama Islam.

Kebanyakan kita selalunya akan bawa stok makanan sendiri seperti mee segera, biskut dan roti sebagai bekalan kalau tak dapat jumpa restoran halal di luar negara. Tapi kalau sehari dua tu boleh lah tahan, kalau dah lama-lama boleh muak jadinya.

Advertisement

Untuk mereka yang bakal bercuti ke Australia, kami ada satu ‘travel hack’ untuk anda gunakan. Pengguna Twitter @myadlan berkongsikan cara mudah untuk dapatkan info mengenai makanan halal di sana.


“Di Australia, ada gerakan ‘orang putih’ boikot produk Halal. Tapi ramai muslim like page tu sebab senang dapat tahu company mana jual makanan halal.”

Melalui Facebook Page itu segala maklumat mengenai makanan dan restoran halal dikongsikan bagi memudahkan penduduk tempatan untuk memboikot perniagaan mereka. Ini memudahkan mereka untuk tidak menyokong perniagaan halal daripada terus bertapak di sana.

Berlainan pula dengan pelajar-pelajar dan penduduk Malaysia di sana kerana mereka ‘like’ page ini untuk memudahkan mereka mencari restoran dan makanan halal di seluruh Australia. Maksudnya segala maklumat yang dikongsikan itu memang sangat berguna untuk penduduk Muslim di sana.

Lepas ni jangan terkejut pula kalau ramai Muslim yang ‘like’ page tersebut sebab itu bukan sebagai tanda sokongan untuk boikot. Sebaliknya mereka hanya ingin mendapatkan maklumat mengenai makanan halal di Australia sahaja. Hidup kenalah jadi bijak.

via GIPHY

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...