Kebiasaannya kalau bercuti ke luar negara ramai yang akan berdepan dengan masalah yang sama iaitu nak cari makanan halal. Kalau di negara sendiri memang tak ada masalah lah isu halal ni sebab memang majoriti penduduk beragama Islam.
Kebanyakan kita selalunya akan bawa stok makanan sendiri seperti mee segera, biskut dan roti sebagai bekalan kalau tak dapat jumpa restoran halal di luar negara. Tapi kalau sehari dua tu boleh lah tahan, kalau dah lama-lama boleh muak jadinya.
Untuk mereka yang bakal bercuti ke Australia, kami ada satu ‘travel hack’ untuk anda gunakan. Pengguna Twitter @myadlan berkongsikan cara mudah untuk dapatkan info mengenai makanan halal di sana.
Di Australia, Ada gerakan omputih boikot produk Halal. Tapi ramai Muslim Like page tu sbb senang dpt tau company mana jual makanan halal. ? pic.twitter.com/LJ800QT6nz
— Adlan Khalidi ?? (@myadlan) September 2, 2019
“Di Australia, ada gerakan ‘orang putih’ boikot produk Halal. Tapi ramai muslim like page tu sebab senang dapat tahu company mana jual makanan halal.”
Melalui Facebook Page itu segala maklumat mengenai makanan dan restoran halal dikongsikan bagi memudahkan penduduk tempatan untuk memboikot perniagaan mereka. Ini memudahkan mereka untuk tidak menyokong perniagaan halal daripada terus bertapak di sana.
Lepas ni jangan terkejut pula kalau ramai Muslim yang ‘like’ page tersebut sebab itu bukan sebagai tanda sokongan untuk boikot. Sebaliknya mereka hanya ingin mendapatkan maklumat mengenai makanan halal di Australia sahaja. Hidup kenalah jadi bijak.