Gerakan Al Qassam Yang Digeruni Israel Bakal Kembali Ketuai Skuad Perang Intifada Hamas ?

Trending

Gerakan Al Qassam Yang Digeruni Israel Bakal Kembali Ketuai Skuad Perang Intifada Hamas ?

Hamas anggap ianya sebagai pengisytiharan perang. Persoalannya mampukah Hamas menentang Israel? Mari MMP perkenalkan Al Qassam unit tentera Hamas yang di takuti Israel.

Advertisement

Al Qassam menjalani perubahan drastik dalam organisasi dan kekuatan tempurnya hasil bantuan dan sokongan satu negara Islam ni yang enggan di kenali.

Al Qassam kini di organisasikan sama seperti sebuah angkatan tentera profesional.

Dengan kekuatan 27,000 orang anggota infantri yang di pecahkan kepada 6 buah briged yang memiliki 25 battalion infantri dan 106 kompeni.

Dari jumlah ini sebanyak 2,500 merupakan unit elit Nuhba.

Unit ini memiliki kepakaran khusus untuk menyerang jauh kedalam wilayah Israel.

Unit ini terpecah kepada Komando Laut yang melakukan penyusupan laut dan serangan amfibi, unit Komando Udara yang menyusup menggunakan paraglider dan juga unit khas yang menggunakan terowong bawah tanah.

Unit artileri roket Hamas, unit semboyan dan elektronik dan unit2 khusus anti armor yang dilengkapi Anti Tank Guided Missile sangat terlatih dan berdisiplin.

Kesemua unit2 Al Qassam di doktrinasikan dengan operasi penyusupan ke wilayah Israel.

Command and Control Hamas terletak jauh didalam terowong dan kubu bawah tanah yang sehingga kini masih gagal di kesan Israel. Apakah harga yang akan dibayar oleh Israel jika Hamas bertindak melaksanakan Intifada?

Kredit : Malaysia Military Power

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...