Gerai burger yang pernah viral selepas disinggah oleh penstrim terkenal Amerika Syarikat, IShowSpeed kini tidak dapat beroperasi setelah disita oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Menerusi hantaran di Instagram, Bon’s Burger memaklumkan gerainya terpaksa ditutup buat sementara waktu dan akan berkongsi maklumat terkini melalui WhatsApp.
Hai guys, Bob’s Burger tutup sementara berikutan kedai kita ‘diambil’ oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Info terbaru kita akan update di sini dan di WhatsApp. Terima kasih atas sokongan semua.
Kejadian itu tular di media sosial apabila seorang pengguna TikTok memuat naik video yang menunjukkan gerai tersebut sudah tiada di lokasi asalnya.
Sebelum ini, gerai Bob’s Burger di Bangsar menjadi perhatian selepas IShowSpeed mencuba burger di sana, malah sanggup membayar RM357 untuk sebiji burger
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.