Gerai Beroperasi Sejak 1998 Muflis, Hilang Pelanggan Lepas ‘Food Vlogger’ Bagi Reviu Negatif – “Nama Baik Saya Rosak”

Kehidupan

Gerai Beroperasi Sejak 1998 Muflis, Hilang Pelanggan Lepas ‘Food Vlogger’ Bagi Reviu Negatif – “Nama Baik Saya Rosak”

Sebuah gerai yang sudah menjalankan perniagaan selama 25 tahun lingkup dan terpaksa ditutup selepas mendapat reviu negatif daripada food vlogger.

Bang Madun yang merupakan pemilik gerai Oseng Madun Nyak Kopsah yang sudah beroperasi sejak 1998 itu akui bisnesnya gulung tikar dan nama baiknya juga buruk akibat insiden berkenaan.

Advertisement

Menurut TribunNews, food vlogger berkenaan telah memuat naik video ulasannya pada tahun 2023 dan sejak itu bisnesnya merudum sebelum akhirnya Bang Madun jatuh muflis.

gerai Oseng Madun Nyak Kopsah

gerai sepi tanpa pelanggan

Menerusi video tersebut, food vlogger berkenaan telah singgah ke gerai Bang Madun dan sejak itu perniagaannya tular di media sosial.

Bagaimanapun, bukan pujian yang diterima sebaliknya food vlogger terbabit mendedahkan tentang isu kebersihan dan kualiti makanan yang dihidang di gerai Bang Madun.

Gara-gara ulasan terbabit pelanggan mula berkurang termasuklah pelanggan yang selama ini setia dengan gerai tersebut.

Makin lama, Bang Madun sudah tidak mampu menampung kos operasi dan bisnes yang selama ini menjadi sumber rezeki keluarganya akhirnya terpaksa ditutup.

Hancur, nama baik saya rosak.

Bang Madun Oseng Madun Nyak Kopsah

pelanggan menikmati makanan Bang Madun Oseng Madun Nyak Kopsah

Tidak terus berputus asa, Bang Madun sanggup membuat pinjaman bank sebanyak 250 juta Rupiah (RM70,000) untuk cuba menyelamatkan gerainya.

Malangnya, cubaan itu tidak berjaya malah dia terpaksa memberhentikan sembilan pekerjanya kerana tidak mampu lagi membayar gaji mereka.

Disebabkan insiden itu, Bang Madun berkongsi bahawa dia berdepan tekanan emosi dan pernah membenci dirinya serta ahli keluarga kerana kegagalan perniagaan tersebut.

Saya benci diri saya, adik-adik saya. Saya selalu menekankan kebersihan, tapi mungkin ada yang terlepas.

Bang Madun Oseng Madun Nyak Kopsah

Kini, Bang Madon bangkit semula dan sedang berusaha untuk memperbaiki keadaan gerai selain meningkatkan tahap kebersihan dan menarik semula pelanggan yang sudah hilang kepercayaan terhadapnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ceo kaki review
2 months ago

"Aku Tak Sebut Nama & Tak Sebut Bangsa.. Boleh Jujur Tapi Kalau Benda Tu Tak Sedap Jangan Cakap Dalam Video" - CEO Kaki Review

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TribunNews

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...