“Gerai Aku Ni Tepi Jalan Je, Kau Offer Sampai Beribu?!” – Peniaga Berang ‘Influencer’ Minta Bayaran Mahal Untuk ‘Food Review’

Kehidupan

“Gerai Aku Ni Tepi Jalan Je, Kau Offer Sampai Beribu?!” – Peniaga Berang ‘Influencer’ Minta Bayaran Mahal Untuk ‘Food Review’

Baru-baru ini tular di aplikasi Thread mengenai seorang peniaga gerai yang berkongsi pengalamannya berdepan dengan seorang pempengaruh yang menawarkan servis ulasan makanan dengan harga yang tidak masuk akal.

Peniaga yang dikenali sebagai Abang Nasi Goreng itu berkata pempengaruh tersebut menghubunginya untuk menawarkan diri menbuat ulasan makanan yang dijual namun harganya terlalu tinggi.

Advertisement

Ada food reviewer makanan nak ulas gerai aku. Gerai aku ni tepi jalan je kau offer sampai ribu-ribu?! Yang dia offer bukan bawah RM3000 lah yang penting.

 

Kalau bayar mahal-mahal, aku dapat lebih 1 juta views okay juga. Aku ni gerai jalanan, bukan boleh absorb crowd gila-gila. Senang buat duit, makan dapat duit pun dapat.

 

Post by @_abgnasigoreng
View on Threads

 

Hantaran tersebut telah mendapat perhatian warganet dan rata-rata meluahkan rasa ketidak puasan hati dengan caj yang dikenakan oleh pempengaruh tersebut.

 

Post by @ceddyornot
View on Threads

 

Dalam masa sama, warganet turut memuji sikap peniaga nasi goreng itu kerana tidak termakan dengan permintaan influencer kerana mengetahui skala bisnesnya yang kecil.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

farid kamil
2 months ago

“Tsunami Pun Dua Kali Berlaku, Inikan Ombak Cinta Dalam Perkahwinan” - Farid Kamil

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Thread

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...