Jarang sekali Abang Nara berkongsi perkembangan selebriti Hollywood. Namun perkahwinan George Clooney dan Amal Alamuddin ini merupakan satu berita yang wajib dikongsi dengan anda semua. Bintang filem Ocean Eleven dan Batman ini telah mengahwini Amal Alamuddin yang merupakan seorang peguam pada hari Sabtu lalu di Venice, Itali.
George Clooney sebelum ini pernah bersumpah tidak akan berkahwin lagi selepas bercerai dengan isterinya, Talia Balsam. Namun hatinya terbuka kembali selepas bertemu dengan Amal Alamuddin yang berasal dari Lebanon. Mereka berdua bertemu buat pertama kali di Itali.
Antara tetamu yang hadir untuk meraikan majlis perkahwinan George Clooney dan Amal Alamuddin ialah Matt Damon, Cindy Crawford, Bono U2, Bill Murray dan ramai lagi. Tahniah diucapkan untuk anda berdua. Selamat pengantin baru.