September 19th, 2017

Boleh dikatakan, semua orang tahu mengenai kisah pelakon tinggi lampai, Aliff Aziz, diserbu sedang berkaraoke dengan pelakon Afifah Nasir di bilik VIP sebuah pusat karaoke di Cheras beberapa bulan lepas oleh isterinya, Bella Astillah. Sejak itu, boleh dikatakan hubungan Aliff dengan Afifah agak tegang bila masing-masing tampil dengan versi tersendiri mengenai apa yang sebenarnya berlaku.
pipahbella
Aliff mendakwa mereka berdua memang mesra sewaktu berada di pusat karaoke tersebut manakala Afifah Nasir mendakwa hanya keluar dengan Aliff kerana menuruti permintaan pihak produksi drama Izinkan Aku Mencintaimu. Kata Afifah, dia berbuat baik dengan bapa bayi itu untuk memujuk Aliff yang dikatakan mempunyai masalah disiplin.

Tak kisahlah versi mana yang betul, tetapi peristiwa itu telah berlalu dan Aliff kini telah berbaik semula dengan Bella dan Afifah pula baik-baik saja dengan teman lelakinya yang sado iaitu Wan Ariff.

Terbaru, satu gambar Outfit of the Day (OOTD) yang dimuat naik Afifah ke Instagramnya didakwa sesetengah Netizen sebagai memerli Bella Astillah. Dalam gambar itu, Afifah kelihatan cantik mengenakan gaun merah yang jarang ketika berada di Genting Highlands dengan hashtag #GentingJerBukanLondon dan #takpayahpakaitebal2sis

Screen_Shot_2017-09-19_at_2.11.44_PMPada waktu yang sama, Instagram Story Bella Astillah menunjukkan video dia dan suaminya di Genting dengan memakai pakaian tebal untuk suhu dingin serta leher berbalut mafela.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

vlcsnap-2017-09-19-14h40m27s489
vlcsnap-2017-09-19-14h41m13s187
vlcsnap-2017-09-19-14h42m09s524

Ini menyebabkan Netizen meninggalkan komen di gambar yang dimuat naik oleh Afifah mengecamnya kerana mendakwa pelakon cantik itu dengan sengaja memerli Bella kerana hashtag tersebut.

Screen_Shot_2017-09-19_at_2.18.30_PM

Screen_Shot_2017-09-19_at_2.19.18_PM

Screen_Shot_2017-09-19_at_2.19.42_PM

Screen_Shot_2017-09-19_at_2.37.14_PM
Afifah bagaimanapun tidak mempedulikan mereka serta mendapat sokongan peminatnya yang menganggap dia kelihatan cantik dalam gaun merah tersebut. Dia menjawab yang mereka tidak seharusnya mengintai profilnya jika tidak mahu sakit hati dan mereka perlu cuba hidup jangan terasa, kerana jika terasa maknanya betul.
Screen_Shot_2017-09-19_at_3.15.47_PM

Bella juga khabarnya membalas perlian Afifah dengan ayat “Pergi Genting pakai simple-simple sis sebab bukan pergi Genting Fashion Week.”

Penulis tidak pasti jika benar itu niat Afifah. Apa pun penulis berpendapat OOTD Afifah sangat cantik dan Afifah nampak meletup memakai gaun itu. – beautifulnara.com

Sumber: Forum Cari


Comments are closed.

Loading...