Genting Saman Fox, Disney Lebih USD 1 Bilion Kerana Langgar Kontrak Taman Tema

Trending

Genting Saman Fox, Disney Lebih USD 1 Bilion Kerana Langgar Kontrak Taman Tema

Walt Disney dan Twenty First Century Fox disaman berjumlah lebih USD 1 bilion (RM 4.19 bilion) pada Isnin oleh pengusaha kasino Genting Malaysia yang menuduh mereka mengabaikan kontrak yang berkaitan pembinaan taman tema Fox yang pertama.

Advertisement

Genting mengatakan, Fox, dengan bantuan Disney melanggar kontrak yang ditandatangani pada tahun 2013 antara ia dengan Fox Entertainment Group (FEG) untuk melesenkan harta intelek kepada Fox World, yang merupakan penambahan kepada kompleks Resorts World Genting yang telah dirancang sebelum ini. Lokasinya terletak satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur.

Disney tidak memberi respons kepada permintaan pemberita untuk memberi komen. Dan Berger, jurucakap Twentieth Century Fox Film, salah satu dari defendan, enggan memberi komen.

Saman itu difailkan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat di Los Angeles, sementara Disney bersedia untuk melengkapkan pembelian sejumlah $71.3 billion aset-aset Fox, yang dijangka dilaksanakan pada suku pertama 2019.

Genting mendakwa masalah bermula setelah Fox sengaja melambatkan pembinaan taman tema tersebut untuk membolehkan rundingan semula kontrak.

Tetapi menurut saman itu, Disney kini membuat keputusan muktamad untuk mengakhiri kontrak tersebut kerana ‘mengaitkan diri dengan syarikat perjudian tidak sesuai dengan strategi penjenamaan Disney yang ‘mesra-keluarga’.

Genting mendakwa Fox mengeluarkan notis dengan harapan menghapuskan kontrak, dalam cara yang menunjukkan ia mahu membatalkan kerjasama tersebut bagi memberi keuntungan kepada dirinya. Saman itu memberi butiran:

Disebabkan FEG tidak berhak untuk membatalkan Persetujuan itu, Fox dan Disney bertanggungjawab terhadap kerugian berjumlah lebih satu bilion dolar akibat sikap Fox dan Disney yang ‘berniat buruk’.

Genting menambah yang ia telah membuat ‘pelaburan bernilai lebih USD 750 juta’ ke atas Fox World. Ia juga mahukan gantirugi hukuman (punitif) dari Fox dan Disney.

Menurut saman itu, Resorts World Genting menempatkan satu-satunya kasino atas tanah yang sah di sisi undang-undang Malaysia, yang juga menempatkan tujuh buah hotel, pusat beli-belah, lokasi persembahan, lif gondola serta banyak restoran, bar dan kelab.

Lebih 23 juta orang berkunjung ke sana setiap tahun, menurut saman tersebut. – amazingnara.com via Reuters

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...