Pelakon dan usahawan terkenal, Nora Danish mencuri perhatian warganet selepas memuat naik satu ciapan penuh makna di platform Threads baru-baru ini.
Menerusi perkongsian ringkas itu, Nora menitipkan pesanan agar menghargai insan yang kita sayangi selagi mereka masih berada di sisi.
Tulisnya,
Genggam sebelum hilang,
Jaga sebelum tiada,
Dan hargai selagi di sisi.
Kerana sesuatu yang tidak dihargai, pasti akan dirindui setelah ia pergi.
Ungkapan puitis itu pantas mengundang reaksi pengikut yang rata-rata mengakui tersentuh dengan peringatan tersebut. Ramai yang meninggalkan komen bersetuju bahawa kita sering terlambat untuk menghargai sesuatu hanya selepas ia tiada lagi.
Netizen turut memuji Nora kerana sentiasa berkongsi kata-kata positif yang memberi inspirasi buat orang ramai di media sosial.