Sejak minggu lalu, hangat menjadi bualan tentang isu tandas wanita yang dicerobohi oleh golongan ‘mak nyah’ sehingga mengganggu privasi kaum Hawa.
Isu ini mula meraih perhatian selepas seorang wanita berkongsi tentang pengalamannya terjumpa geng ‘mak nyah’ di dalam sebuah tandas.
Kehadiran mereka itu membuatkan rakannya yang berpurdah tidak selesa kerana mahu membetulkan niqab namun perlu menjaga aurat.
Dedah wanita itu, kejadian tersebut berlaku pada tahun 2020 di salah satu tandas KLCC dan ketika itu geng ‘mak nyah’ sedang touch up solekan di muka mereka.
Selepas menunggu mereka selesai bersolek, dia kemudian meminta geng tersebut untuk beredar kerana rakannya mahu membetulkan niqab.
Namun, salah seorang ‘mak nyah’ tersebut kemudian melenting dan menengking wanita itu hanya kerana memintanya keluar dari tandas wanita.
Eh you bodo ke, you sapa nak suruh I keluar?”
Berlaku pergaduhan mulut di antara geng tersebut dengan wanita itu sebelum salah seorang ‘mak nyah’ mengeluarkan telefon pintar untuk merakam.
Bagaimanapun, dia kemudian mematikan rakaman kerana tahu mereka di pihak yang salah dan ia sudah tentu tidak boleh ditularkan.
Rentetan daripada perkongsian wanita itu, berlaku perbalahan pendapat di antara warganet di Twitter namun yang tidak disangka adalah apabila ada golongan wanita yang menyebelahi geng ‘mak nyah’ tersebut.
Malah, seorang individu turut mencadangkan agar rakannya yang berpurdah itu untuk membetulkannya di surau sahaja.
Tak perlu nak buat drama.”
Katanya, sikap ‘dramatik’ segelintir muslimah akan menimbulkan rasa kurang senang penganut yang lain di tempat awam.
Namun, hantaran tersebut menerima kecaman daripada sesetengah netizen lain yang menyelarnya kerana mahu melindungi golongan yang dilaknat Allah.