Sebelum ini, personaliti media sosial, Andika Putera telah menarik perhatian ramai selepas dia menubuhkan satu kelab yang dipanggil sebagi ‘Old Money Club’.
Biarpun sebelum ini teruk dikecam kerana memuat naik video memaparkan diri bersama beberapa individu lelaki jalan di kawasan Dataran Merdeka sambil memakai baju yang kononnya ‘Old Money’, tetapi Andika kelihatan tidak menghiraukan kecaman itu.
Ahli Old Money Club kembali dengan baju baru
Kali ini, dia memuat naik video di Instagram memaparkan dirinya dan beberapa ahli Old Money Club tidak memakai blazer tetapi memakai pula baju ‘Simple Crinkle Shirt’.
View this post on Instagram
Hal yang menjadi perhatian apabila salah seorang ahli Old Money Club yang dikenali ramai iaitu Akmal diberi peluang oleh Andika untuk jalan di hadapan.
‘Macam atuk aku pergi ambil duit pencen’
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur melihat gelagat kesemua individu di dalam video itu yang berjalan di kawasan Bukit Bintang yang sewaktu itu dipenuhi orang ramai.
Malah, ada yang berseloroh baju yang dipakai oleh mereka seolah-olah cara pemakaian warga emas yang sudah pencen.