Geng Konvoi Buat ‘Gathering’ Di Lorong Kecemasan, Polis Akan Ambil Keterangan

Berita

Geng Konvoi Buat ‘Gathering’ Di Lorong Kecemasan, Polis Akan Ambil Keterangan

Baru-baru ini tular di TikTok, gelagat geng konvoi kereta Honda Civic FC yang meletakkan kenderaan masing-masing di laluan kecemasan sambil melepak bersama dengan ahli-ahli konvoi yang lain.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata polis akan memanggil sekumpulan individu yang dipercayai ahli sebuah kelab kereta berkenaan untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

Advertisement

Menurutnya lagi, pihak polis sudah mengenal pasti kira-kira 48 kereta setakat ini yang berhenti dan meletakkan kenderaan di lorong kecemasan terbabit tanpa sebarang sebab yang munasabah.

honda civic fc

Untuk permulaan kita akan panggil ketua kelab itu dahulu, ia merupakan satu kesalahan sebab boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Jelas Fazley, tindakan undang-undang boleh diambil ke atas individu mengikut Kaedah 53(1) Peraturan-Peraturan Lalu Lintas Jalan 1959 iaitu tiada kenderaan daripada apa-apa kelas diletak atau ditinggalkan tanpa jagaan di mana-mana lorong kecemasan kecuali dalam kes kecemasan.

Lebuhraya Temiang-Pantai memang lokasi yang menarik dan menjadi tumpuan orang ramai berhenti untuk mengambil gambar tetapi tindakan itu boleh mengundang bahaya.

@shahirr2

#fyppppp

? Know Me Too Well – New Hope Club & Danna Paola

Advertisement

Menurut laporan Bernama, hukuman denda juga boleh dikenakan ke atas individu yang terlibat di bawah Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Gathering Honda Civic Jalan Pintas Temiang
4 bulan lalu

Buat 'Gathering' Di Lorong Kecemasan Jalan Pintas Temiang, Netizen Tegur Geng Konvoi Honda Civic

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Bernama

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...