“Geng Kayangan Betul Ni!” Hairul Azreen Dan Keluarga Dijemput Naik Kapal Layar Mewah Milik Vincent Tan

Hiburan

“Geng Kayangan Betul Ni!” Hairul Azreen Dan Keluarga Dijemput Naik Kapal Layar Mewah Milik Vincent Tan

Pelakon Hairul Azreen serta isteri Hanis Zalikha bersama anak-anak mereka baru-baru ini ada menjadi bahan bualan netizen apabila keluarga itu dilaporkan telah bercuti ke Pulau Redang dengan menaiki helikopter.

Hairul Azreen sekeluarga naik helikopter
2 years ago

Tak Perlu Bersesak, Hairul Azreen Bawa Hanis Zalikha, Anak-Anak Naik Helikopter Bercuti Di Pulau

Advertisement

Bukan sahaja itu, difahamkan Hairul bersama keluarga telah diberi peluang untuk menikmati percutian di atas kapal layar mewah pada hari Ahad yang lalu.

Hairul menjelaskan bahawa dia telah bertemu secara tidak sengaja dengan ahli perniagaan dan juga jutawan terkenal, Tan Sri Vincent Tan ketika di sana.

Pelakon filem aksi Paskal itu juga turut menyatakan rasa teruja apabila menerima layanan istimewa di atas kapal layar mewah yang diberi nama Asean Lady milik jutawan itu.

 

Saya balik awal, tapi kami langkah kanan ke Pulau Redang ini sebab terjumpa salah seorang yang terkaya di Malaysia. Tan Sri Vincent Tan, lepas tu dia ajak naik superyacht Asean Lady. Rezeki anak-anak.

Perkara tersebut turut dikongsikan Hairul menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat di media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat turut teruja melihat keluarga kecil itu berpeluang menaiki kapal layar tersebut selain mendoakan agar Hairul dan keluarga sentiasa dimurahkan rezeki.

“Ini baru betul-betul geng kayangan!” komen seorang netizen.

Terdahulu, Hairul Azreen telah dipuji peminat kerana sanggup berbelanja besar demi memastikan keselamatan isteri dan anak-anak berikutan sanggup menyewa helikopter semata-mata hanya untuk bercuti.

Sekadar info tambahan, Hairul dan Hanis Zalikha yang merupakan personaliti media sosial telah mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 4, dan Alisa Aisyah yang kini berusia 2 tahun.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...