Geng Bikers NZ Berjanji Kawal Masjid Ketika Solat Jumaat Hari Ini

Trending

Geng Bikers NZ Berjanji Kawal Masjid Ketika Solat Jumaat Hari Ini

Peristiwa yang mengorbankan 50 nyawa serta mencederakan lebih 20 jemaah di dua buah masjid di Christchurch ternyata memberi kesan mendalam kepada umat Islam di seluruh dunia.

Advertisement

Susulan insiden tersebut, beberapa kumpulan bikers di New Zealand berikrar akan mengawal di luar masjid di New Zealand ketika solat Jumaat hari ini.

Kumpulan-kumpulan tersebut berjanji akan melindungi komuniti Islam di negara itu. Menurut salah seorang ahli, mereka akan menyokong dan membantu saudara-saudara Muslim seberapa lama mereka memerlukan.

Menurutnya lagi, ada pihak memaklumkan ramai komuniti Muslim takut untuk menunaikan solat Jumaat susulan insiden tembakan rambang yag berlaku minggu lalu.

Antara kumpulan bikers yang terlibat adalah The Mongrel Mob, King Cobra dan The Black Power. Kumpulan ini sangatlah digeruni dan dianggap paling bahaya di New Zealand.

Dr Asad Mohsin, wakil komuniti Islam disitu menzahirkan rasa terharu dan begitu menghargai usaha yang dilakukan oleh kumpulan bikers tersebut. Beliau juga turut mengalu-alukan kumpulan tersebut untuk masuk ke ke masjid dan berdoa bersama serta terbuka untuk mempelajari tentang Islam.

Perpaduan sepeti ini diharapkan akan dikekalkan untuk mengukuhkan lagi hubungan tanpa mengira bangsa dan agama walau di mana jua berapa.

 

Sumber: Businessinsider

 

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...