Geng Basikal Boleh Didenda RM1,000 Sekiranya Menunggang Di Lebuh Raya

Trending

Geng Basikal Boleh Didenda RM1,000 Sekiranya Menunggang Di Lebuh Raya

Anda baru menceburkan diri dalam dunia basikal? Kawan dah ajak pergi “ride” hujung minggu ini?

Ha, pastikan laluan perjalanan anda tidak melibatkan lebuh raya kerana penunggang basikal boleh didenda RM1,000 sekiranya didapati menunggang basikal mereka di situ.

Advertisement

Perkara ini telah dimaklumkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di laman Facebook mereka susulan kepopularitian berbasikal yang semakin meningkat saban hari.

Ini adalah satu peringatan yang baik kerana sememangnya basikal tidak mempunyai tempat di lebuh raya bersama kenderaan lain yang lebih pantas. Ia bukan sahaja membahayakan diri mereka, malah pemandu lain.

Jadilah seorang penunggang basikal yang berhemah dan mengikut peraturan.

Sumber : PDRM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...