Generasi Muda Tak Minat Subjek STEM? MOSTI Perkenal Malaysia Techlympics Bawa Pendekatan Menyeronokkan

Branded

Generasi Muda Tak Minat Subjek STEM? MOSTI Perkenal Malaysia Techlympics Bawa Pendekatan Menyeronokkan

Lain zaman lain pendekatan, entah di mana silapnya subjek kritikal Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) kurang mendapat tempat dalam kalangan generasi muda.

Bagi memupuk kembali minat generasi muda kepada STEM, MOSTI telah membawakan inisiatif baru menerusi Malaysia Techlympics yang diperkenalkan sejak tahun 2022.

Malaysia Techlympics membawa pendekatan berbeza dengan pertandingan yang menyeronokkan, membudayakan belia dengan minda kritikal, set kemahiran dan inovasi yang lebih bermakna serta berimpak tinggi.

Malaysia Techlympics 2024 Sasar 1 Juta Penyertaan Seluruh Negara

Techlympics

Zon Pantai Timur dipilih sebagai zon pertama Malaysia Techlympics 2024 sebelum pelaksanaan Zon di Peringkat Zon Utara, Zon Tengah, Zon Selatan, Zon Sabah dan Zon Sarawak. 

Seramai lebih 1,000 orang peserta telah berkumpul bersama-sama dan bersaing di bagi melayakkan diri ke Peringkat Akhir Kebangsaan yang akan diadakan pada bulan November 2024 di Putrajaya. 

Pelbagai pertandingan yang berteraskan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), Internet kebendaan (IoT), dron, pengkodan dan robotik dipertandingkan di peringkat negeri dan zon. 

Malaysia Techlympics 2024 menyasarkan seramai 1 juta penyertaan daripada seluruh negara.

Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri, Sains, Teknologi & Inovasi, dalam ucapan perasmiannya berkata matlamat dan objektif utama penganjuran Malaysia Techlympics adalah pembudayaan STI kepada kumpulan sasar melalui pendekatan hands-on dan tidak formal serta melalui kaedah experiential learning dan pertandingan melibatkan pelajar dan belia di semua peringkat umur, jantina dan bangsa.

MOSTI dalam pada itu komited untuk menggembeling tenaga dan usaha bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam membudayakan STI melalui program-program pembudayaan STI di luar bilik darjah yang berterusan kepada golongan sasaran yang terlibat khususnya kanak-kanak dan pelajar di peringkat bangku sekolah melalui program Malaysia Techlympics dalam memperkasakan agenda STEM Negara. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Malaysia Techlympics layari laman web rasmi www.mytechlympics.com.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...