Usai tempoh 7 hari selepas melahirkan puteri sulung, Ardell Aryana dan suami, Nadzmi Adhwa akhirnya mendedahkan jantina dan nama bayi mereka.
Pasangan tersebut juga ada memuat naik video momen sebaik sahaja cahaya mata mereka berdua dilahirkan. Ardell dan Nadzmi yang juga pelakon dan pengacara mengumumkan nama dan wajah anak mereka, hari ini.
“Assalamualaikum nama saya Arwa Malaikha Urwa Binti Nadzmi Adhwa, lahir pada pukul 2:22:22s pagi jumaat 5/6/2020 @babyadhwardell,”
Manakala Nadzmi di laman instagram miliknya pula telah memuat naik video Urwa Malaikha sejurus dilahirkan dan kemudian diiqamatkan.
Ruangan komen posting berkenaan dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan rakan artis yang rata-rata memuji kecomelan bayi pasangan itu yang memiliki kulit putih gebu.
Mengimbas kembali, Ardell dan Nadzmi bernikah dalam sebuah majlis sederhana yang telah diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Seri Kembangan, Selangor pada September 2019.

zack
June 15, 2020 at 4:33 pm
Nak buat ape la up story pompuan tak betol ni. bukan ada nama pon, sendu. production taknak, stesen tv lagi taknak.
Anonymous
June 12, 2020 at 9:39 pm
Kenpa nama Arwa..makna mungkin baik tapi bunyi takut