Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Genap Setahun Perkenalan, Isa Khan Hadiahkan Kereta Mewah Buat Risteena

isa khan hadiahkan kereta mewah buat risteena

Rasanya umum mengetahui bahawa pasangan selebriti popular iaitu Nur Risteena Munim dan Isa Khan sudah lama menyulam kasih. Bahkan mereka tidak segan menayangkan hubungan bahagia tersebut kepada orang ramai.

Terbaru, Isa Khan menonjolkan sifat romantisnya dengan menghadiahkan kereta mewah kepada tunang kesayangan bagi menyambut ulang tahun genap setahun perkenalan mereka. Bahkan ia turut disuaikan dengan nombor pendaftaran istimewa ‘US I54’.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

. . Pada mula saya mengenali awak, saya tahu awak seseorang yang ISTIMEWA, dan awak dah buktikan pada saya sekarang, hanya dalam masa yang terlalu singkat, but you did it! ?? . Ini kejayaan awak sayang. Always proud of you! Perasaan cinta saya pada awak masih sama macam dulu dan masih kekal sehingga sekarang malah semakin bertambah hari demi hari. I swear! . Janji saya pada awak, saya akan sentiasa ada dengan awak tak kira apa keadaan sekalipun. Saya happy bila tengok satu-satu kejayaan yang awak capai sekarang. Saya akan terus ada sehingga awk capai semua impian awak, sayang. I PROMISE. . Behind every successful man, there is a woman. I want to be that woman, forever :) . I love you so much @theisakhan ?? Thank you for everything ~ . FOR US~ . Big thanks to @cstproduction ??

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on

Advertisement

Bahkan Risteena sendiri mengakui terkejut dengan hadiah tersebut dan mengatakan ia datang daripada hasil kejayaan perniagaan minuman kesihatan Lovit yang dipelopori oleh mereka berdua.

Akui tidak menjangkakan hadiah bermakna tersebut, Risteena mendedahkan bahawa dia sendiri tidak menyediakan hadiah buat ulang tahun perkenalan mereka berdua.

“Isa suka beri kejutan. Cuma kali ini berbeza berkat pencapaian perniagaan kami. Kereta ini adalah untuk kegunaan bersama.”

isa khan dan risteena

Advertisement

Jelas pelakon wanita itu, hadiah itu mampu dimiliki dek Isa yang bekerja keras membanting tulang untuk mendapatkan apa yang dimahukannya. Bahkan lelaki itu juga dikatakan sampai mengabaikan makan dan waktu tidur bagi merealisasikan impian mereka.

“Saya bangga dengan usaha dan semangatnya. Banyak lagi yang sedang dia usahakan sekarang.”

Merancang untuk berkahwin pada tahun ini tetapi pasangan romantik tersebut masih lagi cuba berusaha untuk menjadikan hasrat itu sebagai kenyataan dek pelbagai kekangan kerana COVID-19.

Tak sabarnya nak tengok mereka akhirnya ke jinjang pelamin!

Sumber: BH Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

9 Comments

  1. Anonymous

    June 21, 2020 at 11:20 pm

    Mewah betul artis sekarang walaupun drama berapa kerat ajer

  2. Yekeni

    June 21, 2020 at 11:16 pm

    My sis in law heboh yg dia belikan her hubby (my bro) kereta. Next thing we found out, she made the 1st payment aje. Monthly payment semua my bro kena bayar sendiri. Hahahahaa.. waste of $$$ as my bro is currently provided with a company car. Dua kereta nak buat apa eh. She can’t even drive. Now my bro has to work even harder to support the car.

    Bila orang nak nama….

    • Anonymous

      June 22, 2020 at 6:45 am

      Sound of jealousy ?

  3. Kepoci

    June 21, 2020 at 9:40 pm

    Aku X sabar nk tunggu Lepas setahun depa kahwin

  4. Anonymous

    June 21, 2020 at 5:41 pm

    Esok kalau putus kereta belah dua ?

  5. Anonymous

    June 21, 2020 at 5:18 pm

    Isa hadiahkan tapi ristena yg bayor lol

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top