Kekal Misteri, Genap 5 Tahun Malaysia Kehilangan MH370

Trending

Kekal Misteri, Genap 5 Tahun Malaysia Kehilangan MH370

Hari ini, genap lima tahun penerbangan Malaysia Airlines MH370 hilang tanpa jejak di selatan Lautan Hindi dan menjadi persoalan paling penting dalam misteri penerbangan terbesar di dunia itu masih belum terjawab, dimanakah MH370 dan apa sebenarnya terjadi?

Bagaimanalah perasaan ahli keluarga mangsa sekarang ini? Pada jangka masa yang lama untuk hadap situasi di mana mereka masih menanti jasad ahli keluarga yang sudah pasti tidak akan kembali.

Advertisement

Kita semua tahu, kehilangan pesawat penumpang Boeing 777 yang hilang daripada skrin radar semasa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 mac 2014 dengan 239 penumpang terus membelenggu fikiran pakar penerbangan, anggota keluarga, sahabat dan seluruh dunia.

Operasi pencarian terakhir pesawat itu ditamatkan Mei tahun lepas ketika syarikat eksplorasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Ocean Infinity gagal mengesan pesawat malang itu selepas melakukan pencarian lebih 112,000 kilometer persegi di dasar laut selama lebih tiga bulan tempoh operasi.

Sehingga kini hanya tiga serpihan sayap, dikenali sebagai flaperon disahkan berasal daripada pesawat Penerbangan MH370.

Serpihan sayap kanan ditemui di Saint Denis di Reunion Island pada Julai 2015, dua lagi serpihan lain ditemui di Mauritius pada Mei 2016 dan di sebuah pulau di Tanzania pada Jun 2016.

Pada Julai tahun lepas, pasukan Penyiasatan Keselamatan MH370 dalam laporan setebal 449 muka surat merumuskan bahawa mereka tidak dapat menentukan punca sebenar kehilangan pasawat itu.

Tetapi tidak memolak kemungkinan ‘campur tangan yang menyalahi undang-undang’ oleh pihak ketiga telah menyebabkan kejadian itu.

“Goodnight Malaysian Three Seven Zero” adalah mesej radio terakhir yang dihantar dari kokpit MH370 dan ia akan terus bermain di fikiran kita.

Kehilangan MH370 akan terus kekal misteri penerbangan terbesar di dunia . Kita hanya mampu berdoa agar ada petunjuk baharu atau bukti utama yang ditemui, Amin.

 

Sumber: Bernama

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...