Genap 14 Tahun Telefon Jenama iPhone Pertama Mula Dijual

Teknologi

Genap 14 Tahun Telefon Jenama iPhone Pertama Mula Dijual

Untuk makluman, hari ini genap 14 tahun telefon Apple iPhone pertama mula dijual pada 29 Jun 2007.

Pada 9 Januari 2007, CEO Apple, Steve Jobs telah melancarkan iPhone kepada dunia pada Konvensyen Macworld di San Francisco dengan kemampuan iPod, kamera dan kemudahan akses internet dan lain-lain. Ia menyifatkannya sebagai sebuah perubahan untuk lima tahun kehadapan berbanding dengan telefon bimbit lain.

Advertisement

Pada awalnya Steve Jobs mendapati pengguna terpaksa membawa telefon bimbit dan alat untuk mendengar muzik secara berasingan. Hal itu memberikannya idea supaya mula mencuba bisnes telefon bimbit.

Pada masa yang sama, Steve Jobs merasakan telefon bimbit yang digunakan pada ketika itu kurang menyenangkan dan akhirnya jurutera-jurutera syarikat tersebut dikumpulkan untuk bekerja dalam sebuah projek.

Telefon ini hadir dalam saiz 4.5 x 2.4 inci dengan berat 135 gram, kamera belakang 2.0 MP, paparan touch screen denan resolusi 320×480 pixel dan teknologi rangkaian 2G. Jenama iPhone pertama dijual dalam kapasiti 4GB dengan harga USD 499 serta 8GB dengan harga USD 599.

Advertisement

Enam bulan selepas dilancarkan, ribuan pelanggan datang ke kedai Apple untuk menjadi antara pengguna iPhone pertama apabila mula dijual di Amerika Syarikat pada 29 Jun 2007. Pada Julai 2008, Apple melancarkan App Store yang membolehkan pengguna iPhone untuk download pelbagai aplikasi untuk digunakan dalam telefon bimbit.

Pada bulan yang sama, iPhone generasi pertama ditamatkan penjualannya dan model baharu dikemaskini dengan teknologi 3G diperkenalkan. Lima tahun selepas pelancaran iPhone pertama, sudah lebih 200 juta unit telah dijual dan sehingga hari ini ianya terjual lebih 2.2 bilion unit di seluruh dunia dengan 10 kali pengemas kinian model.

Sumber : The History, Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...