‘Gen Z’ Ubah Budaya Kerja, Tak Kejar Jawatan Tinggi Tapi Cari Kerja Yang Beri Makna & Fleksibiliti

Kehidupan

‘Gen Z’ Ubah Budaya Kerja, Tak Kejar Jawatan Tinggi Tapi Cari Kerja Yang Beri Makna & Fleksibiliti

Generasi Z (Gen Z), yang dilahirkan antara akhir 1990-an hingga awal 2010-an, mungkin masih muda dalam dunia pekerjaan, tetapi mereka telah mengubah budaya tempat kerja dengan menekankan nilai yang lebih bermakna berbanding sekadar mengejar pekerjaan tetap atau jawatan berprestij.

Memetik laporan Bernama, Ketua Modal Insan Kumpulan Padiberas Nasional Bhd, S. Prakash berkata Gen Z, generasi digital pertama, lebih menumpukan perhatian kepada impak sosial, kesejahteraan mental, dan pembangunan diri berterusan.

Advertisement

lelaki berkerja

Ini menyebabkan majikan perlu melihat semula maksud sebenar ‘bekerja’, iaitu bukan hanya tentang gaji, tetapi juga pengalaman yang seimbang dengan kehidupan.

Gen Z lebih cenderung cari kerja yang fleksibel

Berbeza dengan Gen X dan Millennials, Gen Z lebih cenderung memilih pekerjaan yang memberi makna dan fleksibiliti, berbanding mengejar jaminan pekerjaan atau jawatan tinggi. Mereka juga tidak teragak-agak untuk meninggalkan organisasi yang tidak sesuai dengan nilai hidup mereka.

Meskipun sering diberikan tanggapan atau label tertentu, Gen Z kini memainkan peranan penting dalam dunia pekerjaan dan sedang mengubah cara kita bekerja dan berhubung di tempat kerja.

Prakash, yang berpengalaman dalam pengurusan modal insan, mendapati bahawa Gen Z lebih berjaya di bawah ketua yang mampu memberi tunjuk ajar dan tidak mengawal.

lelaki salam tangan

 

Dalam temuduga, Gen Z sering bertanya tentang sokongan dan peluang pembangunan yang akan mereka terima, kerana mereka mahu tahu apa yang akan mereka capai bukan hanya dalam lima tahun tetapi juga dalam tugasan seterusnya.

Satu daripada soalan yang paling biasa ditanya oleh Gen Z semasa temuduga adalah ‘apakah sumber pembangunan dan sokongan yang akan saya terima bagi jawatan ini?’. Mereka ingin tahu apa yang mereka dapat selepas itu, bukan hanya dalam lima tahun tetapi juga tugasan seterusya selepas diterima bekerja.

 

Apabila idea mereka ditolak, mereka tidak menerimnya bulat-bulat sebaliknya mereka mahukan penjelasan, perbincangan dan pilihan cadangan yang lebih baik. Mereka juga mengharapkan tempat kerja yang menyokong potensi diri secara berterusan, dengan pengurusan yang mampu membimbing bukan hanya mengarah. Mereka juga menghargai maklum balas dan ruang untuk menyumbang dengan lebih bermakna.

Gen Z juga mengutamakan fleksibiliti dalam bekerja, seperti bekerja dari jarak jauh atau waktu kerja yang lebih anjal.

Walaupun sering dilabel sebagai antisosial atau sukar mengurus tekanan, mereka sebenarnya responsif terhadap interaksi yang jujur dan maklum balas yang membina.

Gen Z tak bermasalah

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (Belia Mahir), Mohammad Rizan Hassan, menegaskan bahawa Gen Z bukan pekerja bermasalah, tetapi cara kita memahami mereka yang perlu berubah.

Mereka ingin pendekatan kerja yang bermakna, komunikasi yang telus, dan peluang untuk menyumbang secara aktif. Pandangan hidup mereka juga dipengaruhi oleh kos sara hidup yang meningkat dan hilangnya jaminan pekerjaan jangka panjang.

Mereka tidak mudah tunduk kepada sistem yang tidak adil atau ‘old school’ (cara lama). Kita perlu bina konsep ‘kerjasama belia-dewasa’ (YAP) di tempat kerja, saling dengar dan saling menghormati.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

“Siapa Lambat Kena Buat ‘Trend’ TikTok..” - Cara Pensyarah ‘Gen Z’ Denda Pelajar Raih Perhatian Orang Ramai
7 days ago

“Siapa Lambat Kena Buat ‘Trend’ TikTok..” - Cara Pensyarah ‘Gen Z’ Denda Pelajar Raih Perhatian Orang Ramai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Bernama

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...