Mahkamah Rayuan Putrajaya menetapkan denda bernilai RM100,000 kekal dikenakan buat seorang pempengaruh media sosial, Eira Aziera gara-gara perbuatan menghina dan memalukan seorang pesuruhjaya sumpah wanita menerusi Facebook Live, tiga tahun lalu.
Eira Aziera sebelum ini ada membuat rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi namun dinafikan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan setelah mereka sebulat suara menolak rayuan wanita itu kerana tidak mempunyai merit.
Ahmad Zaidi selaku panel mendapati hakim Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf apabila memutuskan kata-kata yang keluar daripada mulut Eira sebelum ini terhadap Suharniza Md Sidek adalah fitnah.
Kata-kata yang diucapkan oleh perayu adalah jelas, dan tiada keperluan untuk memanggil pakar bahasa bagi menentukan sama ada perkataan itu adalah fitnah atau tidak.
Berhubung rayuan balas Suharniza terhadap ganti rugi RM100,000, Ahmad Zaidi mendapati jumlah berkenaan adalah munasabah.
Mahkamah ini mendapati jumlah yang ditaksirkan munasabah. Ia tidak keterlaluan atau tidak mencukupi, dan hakim Mahkamah Tinggi telah mengambil kira faktor buli siber dan body shaming dalam memberikan jumlah ganti rugi.
Kami juga mendapati rayuan balas itu tidak mempunyai merit dan kuantum (yang ditetapkan sebelum ini) dikekalkan. Oleh itu, rayuan balas ditolak dengan kos RM10,000.
Terdahulu, Eira mengeluarkan kata-kata kesat dan ‘body shaming’ selain menunjukkan gambar anak Suharnizan ketika bersiaran langsung di Facebook.
Akibat kata-kata itu, reputasi Suharnizan didakwa telah tercemar selain turut mengalami tekanan perasaan, trauma, kemurungan dan hilang keyakinan diri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.