Gemuk Lemak Sahaja Wujud, Gemuk Air, Angin Semua Mitos, Kata Pakar

Trending

Gemuk Lemak Sahaja Wujud, Gemuk Air, Angin Semua Mitos, Kata Pakar

Kita semua selalu dengar orang kata, mereka ini gemuk sebab tulang mereka berat. Tanpa kita semua sedari, semua kegemukan itu itu tidak wujud langsung.

Menurut Pakar pemakanan, Fizah Sobri beliau memberitahu semua ini hanya mitos sahaja kerana tak wujud jenis-jenis gemuk ini.

Advertisement

Gemuk air

Di dalam badan seorang manusia mengandungi 45 hingga 55% cecair (darah,air dalam sel,air liur dan lain lain) bukan air kosong seperti yang kita minum itu.

Jika anda minum air lebih, contohnya ketika sedang diet, anda akan minum 2 liter sehari. Badan anda tidak akan menyerap air yang banyak tetapi ia akan keluar melalui air kencing.

Jika anda menghidap penyakit buah pinggang, anda akan menjadi gemuk air kerana organ tersebut tidak mampu untuk membuang air berlebihan di dalam badan. Antara simtomnya adalah, bengkak kaki, dan tangan. Apabila ditekan menggunakan jari, bekas itu tidak akan hilang.

Siapa yang selalu mengaku dia gemuk air tu? jangan mengaku gemuk air, itu tandanya anda menghidap penyakit buah pinggang.

Gemuk angin

Memang benar apabila anda makan beberapa jenis makanan, badan anda akan meningkatkan penghasilan angin dalam bentuk kentut, sendawa. Tetapi tiada istilah angin tersebut disimpan di celah kulit, organ dan sebagainya. Jika ada pun, dalam perut sekejap je.

Kenapa jadi begini? Sebab ada jenis-jenis makanan terutama yang berubi dan kacang kekacang menjadi probiotik atau keadaan bakteria baik dalam perut aktif lebih. Dapat makan banyak, probiotic ni menghasilkan pengeluaran banyak dan ini membawa kepada pengeluaran gas banyak.

Gemuk angin? Mengaku jela kentut tak payah cakap gemuk angin. Malu sekejap je, kita ni bukannya katak boleh serap angin dekat kulit.

Gemuk Toksin

Ini paling tak tahan, macam mana boleh dapat idea gemuk toksin? Yang buat ni pun boleh tahan kreatif. Seperti biasa badan anda sangat perfect, jika anda sihat dan mampu keluarkan toksin sendiri.

Organ buah pinggang, hati, usus semua sistem perkumuhan yang sihat. Jadinya anda tak perlu nak amalkan detoxification diet, ubat bersihkan kerak usus, ini kerana sistem dalam badan sudah lakukan dengan lebih mantap.

Jika toksin naik ke dalam badan, anda tidak perlu memberitahu bahawa badan anda gemuk toksin. Ini kerana kesannya akan membuatkan anda rasa gatal kulit, kulit putih mata warna kuning, letih lesu dan ini semua tanda-tanda buah pinggang dan hati semakin rosak.

Itu yang saya nak pesan, jangan cakap anda gemuk toksin, mengarut semua tu! ini ibarat anda doakan diri sendiri sakit. Nak sakit ke?

Dalam dunia ini hanya terdapat satu jenis gemuk sahaja, iaitu Gemuk Lemak.

Tiada isitilah berat tulang, tulang makin tua makin ringan ada jugak.  Tiada istilah berat otot, kalau banyak otot takkan 1 pack je perut.

Tiada istilah gemuk

Tiada istilah berat dosa, dosa tak boleh ditimbang di penimbang. Kalau boleh confirm semua orang dah bertaubat.

“Terima jela hakikat GEMUKS IS GEMUKS, Hanya gemuk lemak sahaja wujud.”

 

Jadi, selepas ini korang semua jangan nak memandai bagi tahu orang korang ini gemuk jenis apa. 

Sumber: Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...