Gempar! Polis Temui 1,000 Janin Manusia Dalam Peti Sejuk Beku

Dunia

Gempar! Polis Temui 1,000 Janin Manusia Dalam Peti Sejuk Beku

Sebanyak lebih 1,000 janin manusia dijumpai polis yang disimpan dalam peti sejuk di sebuah pangsapuri di Ha Dong selepas menerima maklumat sekumpulan individu membawa beg hitam di kawasan itu.

Pasukan polis kemudian menyerbu pangsapuri itu dan menemui dua peti sejuk yang dipenuhi beg hitam. Hasil pemeriksaan menemui janin dan empat orang ditahan untuk disoal siasat.

Advertisement

Siasatan awal polis menunjukkan keempat-empat suspek sering mengumpul janin hasil pengguguran daripada klinik dan tempat pembuangan sampah di bandar dan mengatur pengebumian yang sesuai.

Janin tersebut dikebumikan di Thanh Oai dan Soc Son di Hanoi dan di Wilayah Nam Dinh. Oleh kerana jarak yang sangat jauh di antara kawasan berkenaan, kumpulan itu menyimpan janin di dalam peti sejuk terlebih dulu.

Walau bagaimanapun, kes berkenaan tidak berunsur jenayah, tetapi menurut pihak berkuasa tempatan, ia menyebabkan masalah alam sekitar mengenai cara janin ditangani dan disimpan.

janin manusia

Menurut laporan rasmi kesihatan negara itu, Vietnam adalah antara negara yang mencatatkan kadar pengguguran janin tertinggi di dunia.

Antara sebab pengguguran dilakukan adalah kerana pemilihan jantina bayi selain kekurangan pendidikan seksual. Hubungan seksual tanpa nikah masih dianggap tabu menyebabkan gadis muda berdepan kecaman masyarakat sekiranya didapati hamil tanpa ikatan perkahwinan yang sah.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...