Polis Petaling Jaya telah menahan seorang penyanyi nasyid kerana disyaki terlibat kes berkaitan dadah.
Menurut laporan Harian Metro, tangkapan dibuat di sebuah kondominium di Kota Damansara, semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan penahanan lelaki berkenaan dan pihaknya akan membuat sidang media dalam tempoh terdekat mengenai perincian lanjut.
Menerusi Twitter, netizen mula membuat spekulasi tentang identiti penyanyi berkenaan.
Seorang pengguna berkata penyanyi tersebut pernah menganggotai kumpulan nasyid namun kemudian bergerak solo.
Difahamkan, dia juga pernah memenangi Anugerah Juara Lagu (AJL) pada ketika dia berada di puncak kariernya.
Polis PJ tahan seorang penyanyi nasyid kerana disyaki terlibat kes berkaitan dadah di sebuah kondominium di Kota Damansara semalam.
Difahamkan, dia pernah mengganggotai sebuah kumpulan nasyid & kemudiannya bergerak solo.
Dia juga pernah memenangi AJL ketika di puncak karier.
— MohdFaizalHassan ?? (@f4izalhassan) March 25, 2022
Berita lanjut bakal menyusul.