Semalam, tular kebimbangan penduduk Muslim di Bandar Tasik Senangin susulan tugu yang didakwa mengandungi simbol ‘Freemason’ dibina tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) kira-kira dua minggu lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin, memaklumkan bahawa penduduk telah menyuarakan rasa risau mereka kepadanya kerana bimbang tugu itu mencetuskan salah faham dan ketegangan di kawasan tersebut.
Kepada penduduk Bandar Tasik Senangin, Insyallah, saya sentiasa perjuangkan kebaikan rakyat kawasan saya. Sokongan dari rakyat memberi kekuatan kepada saya.
Terima kasih kepada penguatkuasa Majlis Bandaraya Seremban dan juga @pdrm Lenggeng kerana pantas bertindak.
Sebagai tindak balas, penguatkuasa tempatan telah dipanggil dan tugu tersebut kini ditutup. Notis halangan awam di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 turut dikeluarkan bagi menghalang sebarang penambahan struktur di kawasan berkenaan.
Penduduk setempat dilaporkan berasa lega selepas tindakan pantas pihak berkuasa, yang diharap dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian komuniti.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
